{.. Pengorbanan Aidiladha ..}

Tahun ni tahun ke-3 menyambut Aidiladha sendirian tanpa family..
Tahun pertama ialah 2 tahun lepas, masa tahun pertama di Mesir..
Raya Haji di Mesir sangat meriah, macam raya puasa di Malaysia..
tapi pagi raya tu aku & hosmets semua hibernate lagi atas katil..hahaha
tengah hari tu barulah kami pergi rumah terbuka Kak Diana yg masa tu tahun 5 Medik conventional..
Rasanya sekarang ni Kak D dah final year and will be a doctor soon :D

Kali ke-2 masa di Mahsa Uni, beraya seorang diri di asrama..
Itulah hari raya Aidiladha yg paling menyedihkan bagi aku..
Walaupun orang kata "Alah..raya haji ja pun"
tapi tetap memilukan hati bila tinggal di asrama yg sunyi..
yg ada hanyalah students foreigner & yg kafir saja.. :'(

Tahun ni taklah sedih sangat sbb mgkin dah 'immune' sikit..
Beraya di rumah sewa di pinggir ibu negara..seorang diri lagi sebab sorang hosmet balik Sabah, sorang lagi stay rumah kawannya..
Bila call mama then gitau makan apa,
"Alah kesiannya anak mama..raya ni"
Sebelum tu hati agak kuat, tapi bila dengar mama kata gitu..
sebaknya hati tapi ku cover seboleh yg mungkin.. :'(

Mungkin itulah pengorbanan yg harus kita tempuhi pabila bergelar mahasiswa..
Korbankan masa demi masa depan bersama keluarga yg lebih baik di masa hadapan..
Alhamdulillah..hari demi hari..bulan demi bulan..tahun demi tahun..
In syaa Allah hati ini akan lebih tabah :')

Back to the tittle..
Pengorbanan Aidiladha~~

Throwback peristiwa 2 tahun lepas..
Bulan hijrah yang sama iaitu ZulHijjah..
Bulan di mana keputusan yg dipilih itu menjadikan 'aku hari ini'..
Masa preMedic lagi aku dah terniat tapi bila tiba di Mesir dan tahu peraturan utk pelajar Medic-Manchester..
Peraturan itu menyukarkan aku utk meneruskan niatku..huhu
~No Niqab for Manchester Students~

Saban malam memohon agar diberi kekuatan dan petunjuk oleh Allah..
Tibalah satu hari yang mana beri aku petunjuk dan kekuatan utk meneruskan hasrat tu..
Ternampak seorang senior yg tika tu tahun 3 Manchester dan dia berniqab..
Dan sekarang kakak tu dah masuk tahun 5 dan berumah tangga :) 
Hati berbicara sendirian,
'Kalau dia berani menegakkan pendiriannya kenapa aku tidak?' 
Mulut juga ringan utk bertanya pada kakak2 senior tentang peraturan tu..
Rata2nya menyokong cuma ada yg pesan "kalau presentation kena bukalah"..
"Bila dah pakai, kena istiqomah"

Itulah ujian yg agak berat..adakah aku mampu istiqomah??
Adakah aku sanggup mengorbankan 'kebebasan' ku??
Namun itulah niatku..
Masa tu umur baru 18 tahun..zaman tika jiwa remaja tengah kacau & mudah memberontak jika tidak 'dijinakkan'..
Jiwa remaja harus dijinakkan dari dalaman..
Dengan memantapkan iman..
Dengan mengisi kekosongan jiwa itu dengan ilmu agama..
Dengan tarbiah yang berkesan..

"Wanita itu fitnah dunia"..
Surah 'Ali-Imran, ayat 14 ada menyebut bahawa wanita menjadi urutan pertama yg paling dicintai oleh manusia..
Rasulullah S.A.W juga bersabda, 
"Tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih besar bagi kaum lelaki melebihi fitnah wanita" 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

Mungkin ramai yg tertanya2..apakah yg dimaksudkan dengan wanita adalah fitnah kepada lelaki?
Jika kita adalah wanita yang mampu merosakkan iman mereka, mampu buat mereka lupa pada penciptanya, buat mereka lupa akan laranganNya,
Maka kitalah fitnah kepada mereka..
Jika mereka 'jatuh', kita punca kepada kejatuhan mereka,
Maka kitalah fitnah buat mereka..

Astaghfirullah.. :'(
Jika kita adalah perempuan yg mampu menggoyahkan iman seorang lelaki, niqablah wajah serta mulut & hatimu..

Kebiasaan manusia memilih utk berniqab kerana mereka adalah 'Hafizah',
Kerana berumah tangga dan atas arahan suami..
Kerana pengaruh kawan2 yang ramai berniqab..
Kerana 'trend' & sebagainya..
Tapi yang paling penting,
Berniqablah @ berpurdahlah kerana Allah Ta'ala..
Kerana inginkan rahmat kasih sayangnya..
In syaa Allah kita pasti kuat & istiqomah dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Niqobis =)

Aidiladha 1433H itulah tahun yang memberi impak besar kpd diriku hari ini..
Menjadi pioneer niqobis kepada pelajar tahun 1 Medik Mansoura-Manchester..
Ramai yg ingin berniqab tapi takut..
Peraturan 'No Niqab' itu juga kerap kali diulang oleh Dr.Said, pengarah program Medik Mansoura-Manchester..
Dan pastinya teguran itu utk aku..hahaha
Tapi kerana dia juga seorang muslim..
Dia faham dan beri sedikit kelonggaran..
dan Alhamdulillah..selepas itu ramai yang berani dan mengikuti jejak langkah..
Tahniah sahabat2ku.. :D
Cuma bila ada supervisor dari Uni Manchester, U.K datang..
konfem aku akan sembunyikan diri dari pandangan dorang..hahaha
Wonderful memory actually.. ^_^

Dan kini Aidiladha 1435H, genap 2 tahun keputusan penghijrahan yg aku lakukan..
'Pengorbanan Aidiladha'
Alhamdulillah..tiada tentangan hebat dari keluarga..
Adik aku yg bongsu tu pun mula2 banyak tanya, biasalah budak tapi akhirnya dia faham..
Terima kasih BaMa, & ZiQam  
I love uollss.. :*

Pictures time~~
Kak Diana berlatar belakangkan kanak2 Egyptian berlatih bola..
She is cute right? :)
First Day as Niqobis..
Location: in front of Grand Nile Tower, Cairo :)
Second Day..
Location: Sekitar Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK) @ Asrama Kedutaan


Aidiladha pertama di perantauan dulu..
Location: Olympic Village, Uni Mansoura, Egypt..
 Rasanya belum terlambat utk ucapkan Salam Aidiladha buat semua muslimin & muslimat.. ^_^

Comments

Popular posts from this blog

[.. Lazy Eye ..]

[.. Misi Tawan Kinabalu 2 ..]

[.. Misi Tawan Kinabalu ..]