Biasiswa Anak Sabah City University Malaysia SCAM!

City University, sebuah universiti yg kampusnya berada di Petaling Jaya..
To be exact, berada di sekitar kawasan LRT Asia Jaya, di tepi Lebuhraya Persekutuan..
Kebelakangan ni mesti ramai yg nampak iklan 'biasiswa' yg ditawarkan oleh City University di media-media sosial terutamanya di Instagram kan?
Di TV pun iklan mengenai universiti ni semakin rancak.

City University ni banyak menawarkan biasiswa, antaranya:
~ biasiswa untuk pelajar cemerlang lepasan SPM
~Scholarship for All
Dan yang paling di-highlight dalam entry kali ini, BIASISWA ANAK SABAH
Biasiswa yang dijanjikan kepada anak-anak Sabah, bermula dari peringkat asasi @ foundation hinggalah ke ijazah sarjana muda @ degree

Ketahuilah, biasiswa ini satu SCAM!!
Mereka janji biasiswa penuh samada daripada Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) ataupun Yayasan Sabah (YS)
Tapi sebenarnya biasiswa itu tidak semestinya akan dapat..
Dan bila pelajar sudah mula semester, dorang paksa untuk buka akaun PTPTN pula..
Kononnya sebagai 'backup plan' sekiranya biasiswa tidak diluluskan
Nampak tak permainan disitu?
Mereka menjanjikan BIASISWA PENUH, bila sebenarnya menggunakan PTPTN yang sememangnya perlu dibayar balik..
Dan pelajar ini dipujuk dengan kata-kata "Nanti boleh ditukar kepada biasiswa juga tu"
B******T!
Mereka ini nampaknya cuma mahu dapatkan bisnes, cuma mahu naikkan bilangan pelajar..

Mereka menjanjikan BIASISWA PENUH kepada anak-anak Sabah ini.
Membuatkan mereka ini meninggalkan ibu bapa dan berhijrah ke negeri yang asing bagi mereka.
Ada diantara mereka ini tidak pernah keluar daerah sekali pun, tapi kini dihantar keluar negeri pula.
Kebanyakkan mereka ini adalah daripada orang yang susah, yang mengharapkan biasiswa inilah bakal mengubah masa depan keluarga mereka.
Kalau sudah namanya PTPTN, bagaimana dengan sara hidup bulanan yg dijanjikan kepada mereka?
Perbelanjaan makan harian dan sebagainya?
Kerana semua sedia maklum PTPTN hanya mampu menampung kos pembelajaran bukannya perbelanjaan bulanan kan?
Malahan ada kes PTPTN tidak cukup untuk menampung yuran, terpaksa ditambah lagi..
Bagaimana dgn anak-anak Sabah dari keluarga yg susah ini?
Bagaimana untuk tambah kos yuran sedangkan perbelanjaan makan harian pun tidak cukup?

Mungkin ada yang sedang bermonolog sendiri sekarang ni,
"Alah bayar jalah balik PTPTN tu" kan?
Biasiswa dan PTPTN adalah 2 benda yang berbeza kan?
Kalau kamu sendiri diberi pilihan semestinya mahukan biasiswa bukan?

Ketahuilah, ada LEBIH 50 orang anak Sabah yang dijanjikan biasiswa ini,
Mereka ini semua dari kalangan pelajar asasi hinggalah ke ijazah sarjana muda..
TAPI yang berjaya ditawarkan biasiswa KURANG daripada 5 orang.

Malah mereka mempergunakan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk buat temuduga biasiswa..
Bila dengar saja 'PPD' disebut sudah semestinya semua pelajar akan percaya..
Iyalah, takkan pejabat pendidikan ni nak tipu pelajar kan.
Tapi sebenarnya PPD sendiri tidak tahu biasiswa ini satu SCAM.
Kerana mereka turut berharap anak-anak Sabah ini dapat dibantu melalui biasiswa ini.

Lagi satu, pihak universiti sudah berjanji untuk memohon biasiswa ini untuk mereka, katanya akan menguruskan dan bertanggungjawab sepenuhnya.
Tapi sekarang! Pelajar ini sendiri yg terpaksa memohon dan merayu kepada pihak biasiswa.
Katanya bertanggungjawab sepenuhnya, but now??!!!!

Entry ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan City University Malaysia, saya terpanggil untuk menulis entry ini kerana ahli keluarga terdekat saya adalah salah seorang mangsa mereka.
Buat anak-anak Sabah yg dijanjikan biasiswa yang sama, FIKIRLAH SEBAIKNYA..
Kalau ada peluang yg lebih baik tidak kira pelajaran ataupun pekerjaan, buatlah pilihan yg lain itu..
Think Wisely dear brothers and sisters..
Perjalanan anda masih jauh, maka pilihlah laluan yg memudahkan dan memberi masa depan yg cerah

NOTE: Sudah ada beberapa orang diantara pelajar ini yg terpaksa keluar dan kembali ke pangkuan keluarga kerana tidak mampu dan tidak mahu terus ditipu dengan janji-janji kosong pihak universiti

Comments

  1. kesian siapa yg terkena dgn scam mcm nie.. org lain susah payah nak cari ilmu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sangat kesian.. Dorang fikir marketing ja tak fikir harapan ibubapa dan kesusahan budak2 tu

      Delete
  2. berhati2 dengan scam ramai dh terkena

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ortho-K Kota Kinabalu, Sabah

{.. I'm Optometry student ..}

Cara Bayar PTPTN Guna jomPAY