Posts

Showing posts from December, 2019

Kelengkapan Mendaki Gunung Kinabalu

Image
Secara khususnya, saya akan share barang-barang kelengkapan yg diperlukan utk daki Gunung Kinabalu.. Tapi secara amnya, kalau nak daki gunung lain yg seakan-akan sama suasana, suhu dan cuaca dgn Kinabalu bolehlah jadikan entry ini sebagai rujukan tambahan juga..
Gunung Kinabalu yg kita tahu, mempunyai ketinggian 4,095.2m dari paras laut.. Berada di Kundasang, Sabah..  Negeri yg terletak di dalam kawasan khatulistiwa.. Makanya, ia mengalami 'musim panas dan hujan' dan special-nya ada 'musim sejuk'.. Suhu di Gunung Kinabalu ketika cuaca, minimum dalam 20°C.. Tika hujan turun boleh mencecah lebih rendah dari 16°C Manakala ketika 'sejuk' atau ketika malam dan di puncak suhu boleh mencecah sehingga 3°C..
Jarak pendakian dari Timpohon Gate (Kinabalu Park) ke Puncak lebih kurang 8.7km..
Timpohon gate ke Laban Rata dalam 6km, dan sepanjang jarak ini kita akan 'dihidangi' dgn flora dan fauna..
So dalam perndakian pada jarak ini barang yg akan kita perlukan hany…