Posts

Showing posts from January, 2020

Permohonan Nikah Sabah

Setiap negeri ada borang dan prosedur yg berbeza.. Sesetengah negeri di semenanjung boleh memohon secara atas talian, tp untuk Sabahan kena pohon secara manual ya.. Pertama sekali, kena ambil borang di pejabat agama JHEAINS (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah) Sekiranya berada di KK, bolehlah ambil borang permohonan di ibu pejabatnya di MUIS, Tingkat 10 Blok A, ataupun di pejabat Bandaraya yg juga berada di MUIS tapi di Tingkat 2 Blok B.. Untuk yg berada di daerah lain, boleh klik link 👇 untuk alamat penuh pejabat agama setiap daerah. Alamat Pejabat Agama Daerah JHEAINS Kepada yg mengambil borang di ibu pejabat JHEAINS di MUIS, bolehlah ke kaunter 1  dahulu untuk ambil nombor dan tunggu sehingga anda dipanggil.. Untuk ambil borang nikah ni, kita akan dipanggil ke "Kaunter Pembayaran", time sy pegi tu tidak ramai yg buat urusan untuk pembayaran so beberapa saat lepas dapat nombor terus ja dipanggil.. Setiap borang yg diambil dikenakan bayaran seba