Permohonan Nikah Sabah

Setiap negeri ada borang dan prosedur yg berbeza..
Sesetengah negeri di semenanjung boleh memohon secara atas talian, tp untuk Sabahan kena pohon secara manual ya..

Pertama sekali, kena ambil borang di pejabat agama JHEAINS (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah)
Sekiranya berada di KK, bolehlah ambil borang permohonan di ibu pejabatnya di MUIS, Tingkat 10 Blok A, ataupun di pejabat Bandaraya yg juga berada di MUIS tapi di Tingkat 2 Blok B..
Untuk yg berada di daerah lain, boleh klik link ๐Ÿ‘‡ untuk alamat penuh pejabat agama setiap daerah.

Kepada yg mengambil borang di ibu pejabat JHEAINS di MUIS, bolehlah ke kaunter 1  dahulu untuk ambil nombor dan tunggu sehingga anda dipanggil..
Untuk ambil borang nikah ni, kita akan dipanggil ke "Kaunter Pembayaran", time sy pegi tu tidak ramai yg buat urusan untuk pembayaran so beberapa saat lepas dapat nombor terus ja dipanggil..
Setiap borang yg diambil dikenakan bayaran sebanyak RM5.00, so sila pastikan borang yg diambil tidak hilang ya..

Borang permohonan nikah untuk seluruh Sabah adalah sama, dan ia dipanggil juga as 'Borang Biru'.. 
Sekiranya mau ambilkan sekali untuk lelaki dan perempuan sekali pun boleh..
Bezanya hanyalah tempat kita serahkan permohonan tu..
Contohnya, pengantin lelaki orang KK pengantin perempuan pula orang Papar, pengantin lelaki bolehlah hantar borang permohonan itu ke pejabat Bandaraya di MUIS Tingkat 2 Blok B..
Dan yg pengantin perempuan bolehlah hantar ke pejabat agama Papar seperti link diatas..

Didalam borang tersebut,
Butiran A & B adalah maklumat diri pengantin Lelaki & Perempuan
Butiran C adalah maklumat wali, hanya untuk pemohon wanita sahaja
Butiran D adalah butir-butir perkahwinan, eg: tarikh cadangan berkahwin dan daerah perkahwinan
Butiran E adalah pengesahan kebenaran maklumat oleh si pemohon
Butiran F adalah pengesahan 2 orang saksi lelaki yg beragama Islam
Butiran G adalah pengesahan status dan pemastautin yg diisi oleh majikan/penghulu/ketua kampung/pengerusi JKKK/pengerusi JK penduduk
Butiran H adalah laporan dan kebenaran membuat saringan HIV

Berkenaan dengan ujian saringan HIV, mestilah dibuat di klinik kerajaan sahaja.
Ujian saringan Thalassemia adalah pilihan dan tidak wajib..
Buat yg berada di KK dan mau buat kedua-dua saringan, bolehlah pergi ke Klinik Kesihatan Luyang..
Keputusan saringan untuk kedua-duanya boleh diperoleh seawal 30mins, bergantung kepada kesibukkan makmal dan bilik doktor..
Untuk Klinik Kesihatan daerah lain, keputusan saringan Thalassemia mungkin mengambil masa selama beberapa hari..

Tapi saringan Thalassemia untuk tujuan perkahwinan di Klinik Kesihatan Luyang, haruslah ikut masa pendaftaran yg telah ditetapkan:
Isnin - Selasa: 8.00 - 11.00 pagi & 2.00 - 3.00 petang
Rabu - Khamis: 8.00 - 11.00 pagi sahaja
Jumaat: Tutup

Untuk yg hanya ingin buat saringan HIV dan bukanlah thalassemia, boleh juga pergi ke Klinik Kesihatan UTC..
Atau bolehlah pergi ke Klinik Kesihatan Daerah terdekat masing, boleh klik link ๐Ÿ‘‡ untuk alamat
Senarai Klinik Kesihatan Daerah dalam Negeri Sabah
Keputusan HIV itu boleh didapati terus dan segera.. Within 5mins actually.. Cuma masa menunggu itu yg mungkin lama..

Ketika menghantar dan membuat permohonan nikah tersebut, haruslah diserta beberapa dokumen..
๏ผ‘Salinan IC pengantin yg telah disahkan JPN
๏ผ’Salinan IC wali pengantin perempuan yg telah disahkan JPN
๏ผ“ Salinan IC 2 orang saksi yg telah disahkan JPN
๏ผ”Sijil kursus kahwin (asli)
๏ผ•Sijil nikah ibubapa (jika pengantin perempuan adalah anak sulung perempuan / anak sulung lelaki yg akan menjadi wali)

Sekiranya pengantin seorang mualaf, seorang yg bukan warganegara Malaysia, seorang duda/janda, seorang anggota Polis / Tentera, seorang yg ingin berpoligami, seorang yg dalam borangnya menggunakan alamat tempat asal tp bekerja & bermastautin tempat lain (Eg: Asal Tawau tapi kerja di Kuala Lumpur), atau seorang yg tidak bekerja..
Bolehlah rujuk pada borang permohonan tu nanti kerana ada dokumen-dokumen tambahan yg diperlukan..

Next berkaitan dengan kursus kahwin..
Pada bakal pengantin yg belum menghadiri kursus pra-perkahwinan, untuk di daerah KK ini dilaksanakan dan dikelolakan oleh Mawaddah Management yg berpejabat di Wisma MUIS
(jangan tanya alamat, sy nda tau sbb berurusan melalui WHATSAPP saja ๐Ÿ˜ )
016 805 2979 (Afif Malai Ali) / 088 255 272
Kursus kahwin under kelolaan dorang di dikhabarkan diadakan setiap minggu tp yg sebenarnya bukanlah tiap minggu..
Kursus kahwin untuk hujung minggu tersebut akan diteruskan sekiranya peserta melebihi 120orang..
Contohnya, kita mau join kursus minggu pertama bulan February, tp sekiranya bilangan peserta tidak capai 120orang, dorang akan tangguh ke minggu yg seterusnya..
Kalau minggu ke-2 pun tidak cukup orang? Dorang akan tangguh lagi sehinggalah melebihi kuota minimum tu..
Bulan Disember lah paling banyak bertangguh sebab kebanyakkan bakal pengantin sibuk dengan plan hujung tahun masing-masing..
So better hadiri kursus kahwin awal-awal.. few monthssss before.. Jangan tunggu sebulan sebelum, sebab kalau bertangguh, nanti sijil kursus kahwin dapat lambat, then permohonan nikah kamu juga lambat diuruskan sbb sijil tu wajib, then tiada tok kadi.. thennnnn.. Haaaaaa ayokkk!

So tips personal dari sy, kamu message untuk bertanya dan daftar kursus pada hari rabu / khamis minggu tersebut, jangan hari isnin seperti yg dicanang-canangkan..
Kenapa? Sebab hari rabu tu dorang sudah boleh jangka dan kira sekiranya kuota sudah mencukupi..
Samada kursus on atau ditangguh ke minggu seterusnya..
Tips ini berguna untuk mereka yg kerja pada hari Sabtu dan memerlukan kamu untuk memohon cuti, juga untuk mereka yg jumlah cuti tahunan-nya limit..
Sebab kalau kursus ditangguhkan, sia-sialah cuti kamu yg sebaiknya disimpan untuk majlis kahwin nanti kan?? Unless boleh cancel cuti and simpan semula cuti tu..
Ya mana-mana saja dehhh.. haha

Finally, kalau borang dah lengkap diisi, dokumen yg diperlukan sudah disediakan, sijil kursus kahwin sudah ada..
Yg penting semuanya sudah siap dan lengkap..
Bolehlah hantar permohonan anda ke pejabat agama daerah seperti yg sy share dilink atas tu tadi..
Then yeahhhh!! Counting days ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜

Comments

  1. semoga dipermudahkan majlis mu dear

    ReplyDelete
  2. Surat pengesahan bujang tu knh buat kah sndiri & minta cop dan tanda tgn majikankmajikan atau isi je yg kat dlm borang 2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya isi yg dalam borang tu ja. ada bahagian khas untuk pengakuan bujang dalam borang tu

      Delete
  3. Mau tnya, borang nikah kna hntr brapa bln sblum nikah ar.. Klau 2 mnggu sblum kahwin boleh ka tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya boleh. boleh start hantar seawal sebulan sebelum tarikh nikah

      Delete
  4. Salam sis terima kasih atas info.
    Sya mau tnya sijil.nikah brpa lama ya boleh keluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau baru nikah, dorang akan bagi sijil nikah sementara dalam seminggu lepas tarikh nikah. Sijil nikah original akan siap paling cepat dalam sebulan. Boleh call and refer semula pada JHEAINS daerah masing2

      Delete
  5. Sya mau tanya sya sd ank 3 klu prosedur nak bt cam yaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Prosedur, butiran borang, HIV test, lebih kurang sama macam yg diatas. Cuma pertambahan dokumen seperti surat cerai/sijil kematian suami, mana2 yg berkenaan ya. Sijil kursus kahwin bawa yg lama saja tanpa perlu hadir kursus semula. Mana2 yg tidak pasti tu boleh try call jabatan agama terdekat, ada di link atas "Alamat pejabat agama daerah JHEAINS" tu

      Delete
  6. Maw tanya kalo calon suami/isteri masih di luar negara boleh kah ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. maksud masih itu masa bila? kalau masa permohonan nikah boleh, orang lain boleh tolong urus tp yg penting borang permohonan dia lengkap. Time nikah ofcoz dia kena baliklah utk nikah.. Sbb rukun nikah Suami dan Isteri mesti ada, kalau tidak, tidaklah sah nikah tu kan.. hehehe

      Delete
  7. Assalam sis.
    Terima kasih atas perkongsian pengalaman sis.
    Mau tanya.. hehe

    1. Dari mana mau dapatkan surat kebenaran bkahwin luar daerah tu ya? Dari pejabat agama tempat asal pengantin?

    2. Berapa cas utk ujian HIV & Thalesemia d klinik kerajaan?

    Semoga dpermudahkan segala urusan sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. terima kasih juga membaca entry blog sy..

      1- Ya betul, kebenaran bernikah luar bandar tu akan diberi lepas kita hantar 'borang biru' tu di pejabat agama daerah masing2.. Lepas dorang dah luluskan permohonan kita, dorang akan beri satu salinan utk kita serahkan kepada pejabat agama tempat kita mahu bernikah itu. Dorang kenakan cas Rm2.00 tuk setiap kebenaran

      2- Kalau kita buat ujian HIV & Thalasesemia tu serentak, bayar sekali ja, Rm1.00.. Pastikan Klinik Kesihatan yg kita pergi tu ada kedua2 perkhidmatan tu. Kalau tidak paksalah cari klinik kesihatan lain utk thalasemia and bayar lagi for another rm1.00..

      semoga dipermudahkan dan dilancarkan urusan majlis kamu juga..

      Delete
  8. Salam ... Haiii sis ,, nak tny la akuan bujang tu nak minta pngesahan kat mana ya area kk ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. hai.. Akuan bujang tu boleh minta dari majikan sendiri atau ketua kampung

      Delete
  9. Assalam Sis, saya jumpa blog sis ni masa cari info utk HIV test. Saya tgh dlm perancangan nak nikah awal tahun depan di Sabah. Saya kurang faham ttg borang hiv test. Bakal isteri saya orang sabah tapi bekerja di subang. Saya pula org kl semenanjung. Mcm saya perlu guna borang hiv selangor atau sabah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. bakal isteri kena guna borang Sabah, sbb dia orang sabah and kamu plan kahwin di Sabah. Dalam borang permohonan nikah tu ada part utk HIV test. All in that one form. So just bawa borang nikah tu masa nak buat hiv test.
      Tp since dia kerja subang, maybe masa dia balik sabah suruh ambil borang tu dari pejabat agama atau minta tolong keluarga pos ke Subang then buat hiv test situ. Tp hiv test ada limit sah laku tu, dalam 6 bulan so tak perlu buat awal sangat.
      And memandangkan kamu orang Selangor, guna borang selangor, ikut cara2 permohonan nikah selangor. Dah dapat surat kebenaran nikah luar negeri dari pejabat agama selangor, just bawa itu ke pjbat agama Sabah utk proses nikah

      Delete
  10. salam sis..mau tanya bah..

    1. saksi borang and saksi nikah lain kah?

    2. klu lain dua2 kena ada pengesahan JPN kah apa?

    TQ sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..

      1. Boleh sama boleh juga lain2. Tidak semestinya dia saksi borang, dialah saksi masa nikah. Boleh juga orang lain

      2. Pengesahan JPN tu maksudnya utk apa ya?

      Delete
  11. Hai sis sya ada nak tnya. Sya asal sabah dan bakal suami asal perak tp menetap di selangor. Klu dia nak isi borang kahwin selangor bole ke?

    ReplyDelete
  12. Assalamuaaikum sis. Sya nak tnya.bakal suami org perak tp menetap kat selangor. Bole tak dia isi borang kahwin selangor?

    ReplyDelete
  13. Assalamuaaikum sis. Sya nak tnya.bakal suami org perak tp menetap kat selangor. Bole tak dia isi borang kahwin selangor?

    ReplyDelete
  14. bagaimana kalau org sabah nak kahwin di luar negeri?

    ReplyDelete

Post a comment

Popular posts from this blog

Ortho-K Kota Kinabalu, Sabah

Paragliding di Kokol, Kota Kinabalu Sabah