Permohonan Nikah Sabah

Setiap negeri ada borang dan prosedur yg berbeza..
Sesetengah negeri di semenanjung boleh memohon secara atas talian, tp untuk Sabahan kena pohon secara manual ya..

Pertama sekali, kena ambil borang di pejabat agama JHEAINS (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah)
Sekiranya berada di KK, bolehlah ambil borang permohonan di ibu pejabatnya di MUIS, Tingkat 10 Blok A, ataupun di pejabat Bandaraya yg juga berada di MUIS tapi di Tingkat 2 Blok B..
Untuk yg berada di daerah lain, boleh klik link 👇 untuk alamat penuh pejabat agama setiap daerah.

Kepada yg mengambil borang di ibu pejabat JHEAINS di MUIS, bolehlah ke kaunter 1  dahulu untuk ambil nombor dan tunggu sehingga anda dipanggil..
Untuk ambil borang nikah ni, kita akan dipanggil ke "Kaunter Pembayaran", time sy pegi tu tidak ramai yg buat urusan untuk pembayaran so beberapa saat lepas dapat nombor terus ja dipanggil..
Setiap borang yg diambil dikenakan bayaran sebanyak RM5.00, so sila pastikan borang yg diambil tidak hilang ya..

Borang permohonan nikah untuk seluruh Sabah adalah sama, dan ia dipanggil juga as 'Borang Biru'.. 
Sekiranya mau ambilkan sekali untuk lelaki dan perempuan sekali pun boleh..
Bezanya hanyalah tempat kita serahkan permohonan tu..
Contohnya, pengantin lelaki orang KK pengantin perempuan pula orang Papar, pengantin lelaki bolehlah hantar borang permohonan itu ke pejabat Bandaraya di MUIS Tingkat 2 Blok B..
Dan yg pengantin perempuan bolehlah hantar ke pejabat agama Papar seperti link diatas..

Didalam borang tersebut,
Butiran A & B adalah maklumat diri pengantin Lelaki & Perempuan
Butiran C adalah maklumat wali, hanya untuk pemohon wanita sahaja
Butiran D adalah butir-butir perkahwinan, eg: tarikh cadangan berkahwin dan daerah perkahwinan
Butiran E adalah pengesahan kebenaran maklumat oleh si pemohon
Butiran F adalah pengesahan 2 orang saksi lelaki yg beragama Islam
Butiran G adalah pengesahan status dan pemastautin yg diisi oleh majikan/penghulu/ketua kampung/pengerusi JKKK/pengerusi JK penduduk
Butiran H adalah laporan dan kebenaran membuat saringan HIV

Berkenaan dengan ujian saringan HIV, mestilah dibuat di klinik kerajaan sahaja.
Ujian saringan Thalassemia adalah pilihan dan tidak wajib..
Buat yg berada di KK dan mau buat kedua-dua saringan, bolehlah pergi ke Klinik Kesihatan Luyang..
Keputusan saringan untuk kedua-duanya boleh diperoleh seawal 30mins, bergantung kepada kesibukkan makmal dan bilik doktor..
Untuk Klinik Kesihatan daerah lain, keputusan saringan Thalassemia mungkin mengambil masa selama beberapa hari..

Tapi saringan Thalassemia untuk tujuan perkahwinan di Klinik Kesihatan Luyang, haruslah ikut masa pendaftaran yg telah ditetapkan:
Isnin - Selasa: 8.00 - 11.00 pagi & 2.00 - 3.00 petang
Rabu - Khamis: 8.00 - 11.00 pagi sahaja
Jumaat: Tutup

Untuk yg hanya ingin buat saringan HIV dan bukanlah thalassemia, boleh juga pergi ke Klinik Kesihatan UTC..
Atau bolehlah pergi ke Klinik Kesihatan Daerah terdekat masing, boleh klik link 👇 untuk alamat
Senarai Klinik Kesihatan Daerah dalam Negeri Sabah
Keputusan HIV itu boleh didapati terus dan segera.. Within 5mins actually.. Cuma masa menunggu itu yg mungkin lama..

Ketika menghantar dan membuat permohonan nikah tersebut, haruslah diserta beberapa dokumen..
1Salinan IC pengantin yg telah disahkan JPN
2Salinan IC wali pengantin perempuan yg telah disahkan JPN
3 Salinan IC 2 orang saksi yg telah disahkan JPN
4Sijil kursus kahwin (asli)
5Sijil nikah ibubapa (jika pengantin perempuan adalah anak sulung perempuan / anak sulung lelaki yg akan menjadi wali)

Sekiranya pengantin seorang mualaf, seorang yg bukan warganegara Malaysia, seorang duda/janda, seorang anggota Polis / Tentera, seorang yg ingin berpoligami, seorang yg dalam borangnya menggunakan alamat tempat asal tp bekerja & bermastautin tempat lain (Eg: Asal Tawau tapi kerja di Kuala Lumpur), atau seorang yg tidak bekerja..
Bolehlah rujuk pada borang permohonan tu nanti kerana ada dokumen-dokumen tambahan yg diperlukan..

Next berkaitan dengan kursus kahwin..
Pada bakal pengantin yg belum menghadiri kursus pra-perkahwinan, untuk di daerah KK ini dilaksanakan dan dikelolakan oleh Mawaddah Management yg berpejabat di Wisma MUIS
(jangan tanya alamat, sy nda tau sbb berurusan melalui WHATSAPP saja 😁 )
016 805 2979 (Afif Malai Ali) / 088 255 272
Kursus kahwin under kelolaan dorang di dikhabarkan diadakan setiap minggu tp yg sebenarnya bukanlah tiap minggu..
Kursus kahwin untuk hujung minggu tersebut akan diteruskan sekiranya peserta melebihi 120orang..
Contohnya, kita mau join kursus minggu pertama bulan February, tp sekiranya bilangan peserta tidak capai 120orang, dorang akan tangguh ke minggu yg seterusnya..
Kalau minggu ke-2 pun tidak cukup orang? Dorang akan tangguh lagi sehinggalah melebihi kuota minimum tu..
Bulan Disember lah paling banyak bertangguh sebab kebanyakkan bakal pengantin sibuk dengan plan hujung tahun masing-masing..
So better hadiri kursus kahwin awal-awal.. few monthssss before.. Jangan tunggu sebulan sebelum, sebab kalau bertangguh, nanti sijil kursus kahwin dapat lambat, then permohonan nikah kamu juga lambat diuruskan sbb sijil tu wajib, then tiada tok kadi.. thennnnn.. Haaaaaa ayokkk!

So tips personal dari sy, kamu message untuk bertanya dan daftar kursus pada hari rabu / khamis minggu tersebut, jangan hari isnin seperti yg dicanang-canangkan..
Kenapa? Sebab hari rabu tu dorang sudah boleh jangka dan kira sekiranya kuota sudah mencukupi..
Samada kursus on atau ditangguh ke minggu seterusnya..
Tips ini berguna untuk mereka yg kerja pada hari Sabtu dan memerlukan kamu untuk memohon cuti, juga untuk mereka yg jumlah cuti tahunan-nya limit..
Sebab kalau kursus ditangguhkan, sia-sialah cuti kamu yg sebaiknya disimpan untuk majlis kahwin nanti kan?? Unless boleh cancel cuti and simpan semula cuti tu..
Ya mana-mana saja dehhh.. haha

Finally, kalau borang dah lengkap diisi, dokumen yg diperlukan sudah disediakan, sijil kursus kahwin sudah ada..
Yg penting semuanya sudah siap dan lengkap..
Bolehlah hantar permohonan anda ke pejabat agama daerah seperti yg sy share dilink atas tu tadi..
Then yeahhhh!! Counting days 😂😁

Comments

  1. Replies
    1. Nak tnya berapa lama tempoh sijil kawin kluar?

      Delete
    2. Sijil nikah original akan siap dalam 3 bulan.. Sementara tu JHEAINS akan bagi sijil nikah sementara, boleh diambil dlm sebulan lepas nikah

      Delete
    3. Nak tnya.. biasanya, berapa tempoh masa baru dpt kelulusan nikah luar daerah?

      Delete
    4. Biasanya paling cepat dalam seminggu

      Delete
  2. Surat pengesahan bujang tu knh buat kah sndiri & minta cop dan tanda tgn majikankmajikan atau isi je yg kat dlm borang 2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya isi yg dalam borang tu ja. ada bahagian khas untuk pengakuan bujang dalam borang tu

      Delete
  3. Mau tnya, borang nikah kna hntr brapa bln sblum nikah ar.. Klau 2 mnggu sblum kahwin boleh ka tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya boleh. boleh start hantar seawal sebulan sebelum tarikh nikah

      Delete
    2. Sis boleh tnya klau wali ghaib mcm mana prosedur arhh
      2. Paling cepat pengurusan nikah tu berpa lama ? Ada dlm masa 1 bulan boleh siap atau lebih?

      Delete
    3. Kalau wali ghaib boleh apply utk guna wali hakim..
      Biasanya paling cepat seminggu dan jarang lebih dari sebulan

      Delete
  4. Salam sis terima kasih atas info.
    Sya mau tnya sijil.nikah brpa lama ya boleh keluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau baru nikah, dorang akan bagi sijil nikah sementara dalam seminggu lepas tarikh nikah. Sijil nikah original akan siap paling cepat dalam sebulan. Boleh call and refer semula pada JHEAINS daerah masing2

      Delete
  5. Sya mau tanya sya sd ank 3 klu prosedur nak bt cam yaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Prosedur, butiran borang, HIV test, lebih kurang sama macam yg diatas. Cuma pertambahan dokumen seperti surat cerai/sijil kematian suami, mana2 yg berkenaan ya. Sijil kursus kahwin bawa yg lama saja tanpa perlu hadir kursus semula. Mana2 yg tidak pasti tu boleh try call jabatan agama terdekat, ada di link atas "Alamat pejabat agama daerah JHEAINS" tu

      Delete
  6. Maw tanya kalo calon suami/isteri masih di luar negara boleh kah ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. maksud masih itu masa bila? kalau masa permohonan nikah boleh, orang lain boleh tolong urus tp yg penting borang permohonan dia lengkap. Time nikah ofcoz dia kena baliklah utk nikah.. Sbb rukun nikah Suami dan Isteri mesti ada, kalau tidak, tidaklah sah nikah tu kan.. hehehe

      Delete
  7. Assalam sis.
    Terima kasih atas perkongsian pengalaman sis.
    Mau tanya.. hehe

    1. Dari mana mau dapatkan surat kebenaran bkahwin luar daerah tu ya? Dari pejabat agama tempat asal pengantin?

    2. Berapa cas utk ujian HIV & Thalesemia d klinik kerajaan?

    Semoga dpermudahkan segala urusan sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. terima kasih juga membaca entry blog sy..

      1- Ya betul, kebenaran bernikah luar bandar tu akan diberi lepas kita hantar 'borang biru' tu di pejabat agama daerah masing2.. Lepas dorang dah luluskan permohonan kita, dorang akan beri satu salinan utk kita serahkan kepada pejabat agama tempat kita mahu bernikah itu. Dorang kenakan cas Rm2.00 tuk setiap kebenaran

      2- Kalau kita buat ujian HIV & Thalasesemia tu serentak, bayar sekali ja, Rm1.00.. Pastikan Klinik Kesihatan yg kita pergi tu ada kedua2 perkhidmatan tu. Kalau tidak paksalah cari klinik kesihatan lain utk thalasemia and bayar lagi for another rm1.00..

      semoga dipermudahkan dan dilancarkan urusan majlis kamu juga..

      Delete
    2. Salam sis kalau sijil mak bapak tiada mcm mana ye sis ? Sebab Sya nak buat urus nikah tapi tak tau lah rasa down sebab surat nikah mak bapak tiada dulu diorg kahwin kampung jak

      Delete
    3. Wassalam.. alamak kalau yg kes mcm tu sy kurang arif.. mungkin lebih baik tanya di pejabat agama

      Delete
  8. Salam ... Haiii sis ,, nak tny la akuan bujang tu nak minta pngesahan kat mana ya area kk ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. hai.. Akuan bujang tu boleh minta dari majikan sendiri atau ketua kampung

      Delete
    2. Terima kasih info nya sis
      Maaf nak tanya sikit kalau contoh saya buat permohonan sijil nikah di kk tapi menikah di Tawau boleh kah tu ya?

      Delete
    3. Boleh tp kena memohon 'kebenaran nikah luar daerah'.. nti inform pada pegawai di jheains

      Delete
  9. Assalam Sis, saya jumpa blog sis ni masa cari info utk HIV test. Saya tgh dlm perancangan nak nikah awal tahun depan di Sabah. Saya kurang faham ttg borang hiv test. Bakal isteri saya orang sabah tapi bekerja di subang. Saya pula org kl semenanjung. Mcm saya perlu guna borang hiv selangor atau sabah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. bakal isteri kena guna borang Sabah, sbb dia orang sabah and kamu plan kahwin di Sabah. Dalam borang permohonan nikah tu ada part utk HIV test. All in that one form. So just bawa borang nikah tu masa nak buat hiv test.
      Tp since dia kerja subang, maybe masa dia balik sabah suruh ambil borang tu dari pejabat agama atau minta tolong keluarga pos ke Subang then buat hiv test situ. Tp hiv test ada limit sah laku tu, dalam 6 bulan so tak perlu buat awal sangat.
      And memandangkan kamu orang Selangor, guna borang selangor, ikut cara2 permohonan nikah selangor. Dah dapat surat kebenaran nikah luar negeri dari pejabat agama selangor, just bawa itu ke pjbat agama Sabah utk proses nikah

      Delete
    2. Salam sis, nak tya ..bakal suami sy orang kelantan dan sy org sabah dan kami plan nak nikah kelanta , tahu x mcm mn proses tu

      Delete
    3. Wassalam. Kalau kamu mmg bermastautin di kelantan boleh try tanya pejabat agama kelantan utk buat permohonan nikah terus di kelantan.. Tp kalau kamu bermastautin di sabah, kena apply kebenaran nikah dari jheains juga kemudian barulah bw kebenaran nikah tu ke kelantan

      Delete
  10. salam sis..mau tanya bah..

    1. saksi borang and saksi nikah lain kah?

    2. klu lain dua2 kena ada pengesahan JPN kah apa?

    TQ sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..

      1. Boleh sama boleh juga lain2. Tidak semestinya dia saksi borang, dialah saksi masa nikah. Boleh juga orang lain

      2. Pengesahan JPN tu maksudnya utk apa ya?

      Delete
  11. Hai sis sya ada nak tnya. Sya asal sabah dan bakal suami asal perak tp menetap di selangor. Klu dia nak isi borang kahwin selangor bole ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai.. Oh kalau itu bakal suami kena rujuk pada JAIS sbb memang ada pejabat agama yg benarkan memohon di negeri bermastautin ja, tanpa perlu memohon ke negeri asal..

      Delete
  12. Assalamuaaikum sis. Sya nak tnya.bakal suami org perak tp menetap kat selangor. Bole tak dia isi borang kahwin selangor?

    ReplyDelete
  13. bagaimana kalau org sabah nak kahwin di luar negeri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Proses permohonan tetap sama macam yg diatas. masa submit borang tu bagi tahu pegawai tu nak nikah di mana, luar negeri ka luar daerah ka, sebut nama tempat, dorang akan bagi 'surat kebenaran nikah luar kariah' utk kamu hantar ke pejabat agama daerah tempat ingin bernikah tu.

      Delete
  14. saya harap sempat la buat semua seblum nikah thun dpan bulan 2 . Dengan pkpb lagi sekarang nii . Semoga dipermudahkan segala urusan 🥰

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum sis , kalau saya ambil borang di k.k tapi sya mau hntr permohonan sya d papar bolehkah sis ? Sebab saya sudah terlanjur ambil di muis k.k tapi sya tgl di papar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. Ya boleh, borang sama seluruh Sabah jd tiada masalah kalau ambil dari pejabat jheains daerah lain.. tempat hantar borang permohonan nikah tu yg penting, mesti hantar ikut daerah masing²

      Delete
    2. Kalau wali saya adik saya ,tapi dia blum ada IC , sedang mmohon taraf kewarganegaaraan macam mana ya ? Masih boleh jadi wali kah sis ?

      Delete
    3. Kalau ikutkan borang tu, kena sertakan sekali IC.. atau at least passport nya.. Tp better tanya Jheains, dorang lebih tahu kalau yg special kes gitu, prosesnya mcm byk juga tu, cb try call and tanya.. Sbb sy sendiri pun nda tahu sorry

      Delete
  16. Assalamualaikm sis,mcm mna mau dapatkn sijil nikah?boleh daftar untuk dapatkn sijil nikah online ka juga skg taim2 pkp ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. kalau JHEAINS Sabah mmg tiada sistem online tu.. semua kena manually apply pegi ofis dorg.. Bila tarikh kamu nikah? Biasanya sijil nikah sementara kamu boleh ambil sebulan lepas nikah, sijil nikah original
      pula akan siap 3bulan lepas nikah.. So kena call pejabat jheains daerah kamu tuk tanya sudah siap ka sijil

      Delete
  17. hello sis . mau tanya salinan ic pemohon sahaja ka mau cop pengesahan jpn? atau semua mesti ada cop pengesahan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.. Seingat saya salinan ic ja pun dah cukup.. tidak perlu disahkan

      Delete
  18. semoga dipermudahkan urusan bgi y ingin mdirikan rumahtangga bagi tahun 2020 dan next year dmasa² pendemik ni. Aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. mencabar sungguh yg mahu kahwin masa covid ni..

      Delete
  19. salam..nak tnya...mcm mna pula bila berlainan negeri...?sy sabah dn pasngn sarawk..borng nikah tu hantar d tempat daerah sy sja kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu hantar di daerah kamu, dia hantar di negerinya.. Lepas tu pengantin lelaki akan ada satu borang kebenaran dari daerahnya sendiri yg membolehkan dia nikah di negeri pengantin perempuan.. borang itu juga yg perlu dihantar ke pjbat agama daerah tmpt pengantin perempuan

      Delete
  20. Assalamualaikum, saya nak Tanya bagaimana kalau wali sudah meninggal dunia.dan saya Ada baca bagi anak sulong perlukan sijil nikah ibu bapa kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. Boleh rujuk pada susunan wali.. Lepas Ayah - Atok - adik beradik kandung lelaki - Pacik lelaki (adik-beradik kandung ayah) - Anak pacik lelaki.. dan seterusnya..
      Ya betul, anak sulung perempuan wajib sertakan sijil nikah ibubapa.. Kalau hilang, dengar² macam kena berurusan di mahkamah utk print semula sijil nikah

      Delete
  21. Assalamualaikum mau tanya kalau wali sedang d luar negara mcm mna mau cari wali lagi eh ? Sbb d sini tiada keluarga yg ada cuma pacik ,pacik tu ayah sy punya adik tiri ? Boleh ka jadi wali ? Dia yg jaga sy d sini nenek semua tinggal dekat negrne lain nmber telefon semua tak dapat cari mcm mna eh ? Perlu ka wali hakim ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. luar negara ya..
      Adik tiri ayah tu kalau seibu/sebapa dgn ayah, ya boleh.. yg penting mesti ada pertalian darah dgn ayah.. Allahualam
      Boleh rujuk dgn pejabat agama daerah kamu sendiri utk pengesahan..

      Delete
  22. Salam sis..sy kurang faham pasal ic yang disahkan dari JPN..
    Perlu dapatkan cop dari JPN ke??

    ReplyDelete
  23. Salam sis, nak tnya kalau bakal suami org Sabah tpi bekerja d johor.. Boleh kah dia ambil borang nikah d johor & minta kebenaran khwin luar negeri.. Sbb saya org Sabah, jdi kmi nikah d Sabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu dia kena tanya pejabat agama Johor sendiri, sbb setiap negeri ada syarat masing2 utk orang bukan warga asal negeri buat permohonan di negeri dorg..

      Delete
  24. kalaau mcm lelaki di kk permpuan di telupid antr borng memohon kwin asing laitu..atau mcm mnaa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, kena hantar asing mengikut daerah masing²

      Delete
  25. Sis ada di soal kha apa2 soalan waktu hntr borang nikah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. so far masa kami hantar borang tu tiada kena soal2.. dont worry.. relax~

      Delete
  26. Hi nak tanya, sijil nikah ibu bapa wajib ka ada ? atau ini untuk anak sulung perempuan sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, hanya utk anak sulung perempuan sahaja

      Delete
  27. assalam , surat nikah ibubapa bagi pihak perempuan anak sulung perlu cop jpn tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. salinan surat nikah tdk perlu cop jpn.. blh hntr gitu ja

      Delete
  28. Sis so far klu pasal sijil pra perkahwinan tu mcm Saya org Sabah tpi kerja di selangor suami orabg selangor memang kena wajib kh juga ambil sijil pra perkahwinan di sabah?klu y sudah ambil sijil pra perkahwinan di selangor boleh kh tu di guna pakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya boleh guna sijil dari mana2 negeri, yg penting ada

      Delete
    2. Oh heheheh last sekali berapa lama sis proses permohonan kahwin klu sdh lengkap semua😂😅.

      Delete
    3. Permohonan tu boleh lulus seawal seminggu, sekiranya tiada halangan lah.. contoh pkp segala dikuatkuasakan, sbb pejabat agama biasanya akan tutup tu kalau ada arahan baru..

      Delete
    4. Ok kak thank you 😍 doakan Saya kak semoga di permudahkan ♥️

      Delete
  29. Replies
    1. Ya wajib tu, dalam borang permohonan nikah tu ada bahagian khas utk pengesahan bujang

      Delete
    2. jadi perlu buat lagi surat akuan bujang ka??

      Delete
    3. tidak perlu. dalam borang sudah ada column khas untuk majikan sign dan sahkan kamu bujang

      Delete
  30. Assalamualaikum sis...mau tanya, permohonan tarikh nikah itu akan ditolak kah kalau gab hari tarikh nikah dgn tarikh hantar borang 5hari sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang itu tidak pasti pula, biasanya insyaallah tidak ditolak cuma mungkin dorang akan banyak tanya huhu

      Delete
  31. Assalamualaikum sis, mau tanya kalau datang p muis tuk ambil borang nikah jk boleh ka?

    ReplyDelete
  32. Boleh tanya kah,Klau sijil nikah saya ambil tahun 2016 masih bleh guna kah,sijil nikah ada tarikh luput kah,sbb byk kata kena buat lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud boleh guna lagi? utk kegunaan apa ya?
      kalau sijil nikah original tiada tarikh luput tu, digunapakai selagi masih sah bergelar suami isteri. Cuma kalau sijil nikah sementara yg kertas putih A4 tu ja memang ada tarikh luput, hanya 3 bulan dari tarikh nikah.

      Delete
  33. Assalamualaikum kalau ambil sijil nikah guna pas jkm blh ka itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. maksudnya pas utk rentas daerah ka apa tu? 😅

      Delete
  34. Asalamualaikum sis kena ambil borang nikah dlu ke baru diorang akan tentukan khursus kawin tu atau mcm mana ya untuk masa sekarang ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. Kalau utk kursus kahwin yg sekarang ni sy nda pasti pula macam mana.. mungkin better refer jheains

      Delete
  35. Salam sis mau tanya.. Sy org sdkn. Psgn sy(L) asal tawau, tp kerja d labuan. Dan dia sdh buat kursus kahwin d labuan. Soalan sy :
    1) dia mesti guna borang nikah dari labuan ka?
    2) borang nikah dari labuan tu pla secara online, ada affect apa2 ka klo kami sd mau nikah d sdkn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dia asal tawau, better guna borang nikah sabah, lebih mudah urusan nikah dalam negeri.. urusan ambil borang then hantar permohonan sama macam di atas.. tp kalau labuan mesti proses lain sbb tu WP

      Delete
  36. Hi sis.. sy mau tanya.. klau mcm sy wali sya sda mninggal dunia.. perluka sy buat lg tu surat akuan utk yg tiada wali? atau proceed ja bagi ic abg sy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.. proceed ja bagi maklumat dan ic abang mu.. dalam borang tu ada bahagian 'hubungan dgn wali'.. tidak perlu surat akuan

      Delete
    2. Hello sis, saya mau tnya kalau abg yg jdi wali lepas tu jheains minta ka juga surat kematian wali tu?

      Delete
    3. berkenaan minta surat kematian wali tu sy tidak pasti pula. boleh try sediakan saja, mana tau kna minta

      Delete
  37. Salam sis, pihak jheains terima ka kalau guna sijil krsus kahwin online drpd pihak jawi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam ya boleh.. dari mana2 negeri pun diterima

      Delete
  38. Assalam.. mau tnya, utk bahagian pengesahan bujang, perlu ada surat dr majikan ka lagi atau hanya sign dan cop pada borang biru shj? Dan lagi 1, kalau kerja di luar negeri, alamat pada borang perlu guna alamat kerja atau alamat asal? Trima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sign dna cop pada borang sudah cukup. Lebih mudah letak alamat asal.

      Delete
  39. Assalamualaikum wbt sis, saya ada beberapa soalan, hrp blh share pdpt.
    1. skiranya calon suami org selangor, kebenaran nikah luar daerah tu d htr bsama2 borang nikah sabah kpd JHEAINS?
    2. Perluka IC salinan calon suami asal selangor tu pn mdptkn pngesahn JPN Sabah? trutamanya musim covid ni.
    3. Salinan IC saksi pn perlu pengesahan JPN juga?

    terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam
      1. Ya betul, surat kebenaran dari selangor tu dihantar bersama di jheains
      2. Tidak kisah JPN mana yg penting ada pengesahan
      3. Ya kena ada pengesahan juga

      Delete
  40. Sis mo tnya , semua proses tu mengambil masa brapa lama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Proses yg mana satu ya? Kalau kebenaran nikah tu, paling cpt dalam seminggu

      Delete
  41. Saya nak tanya.. Calon saya orang sabah tapi kerja dekat port dickson .. Dia perlu ambil borang kahwin dekat sana ka? Atau guna borang khwin sabah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kena buat permohonan nikah di sabah, kn guna borang sabah.. tp kalau dia dah lama bermastautin di PD, boleh try tnya jbtan agama N9 sbb ada tempoh minimum bermastautin mengikut negeri tu

      Delete
  42. salam sis, mcm mna kalau berlainan daerah?sy daerah tuaran dn pasangan kudat. borang nikah tu hantar d tempat daerah sy sja kah? Sebab kami nikah di daerah saya. Dan perlukah pasangan sy buat pengesahan di daerah dia, sbb dia lama sudah tinggal di daerah tuaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. kalau dua2 memang beralamat dan bermastautin di daerah yg sama boleh ja hantar di daerah yg sama. tidak perlu pengesahan

      Delete
  43. Salam sis.. Surat pengesahan bermastautin dari ketua kampung perlu ada ka kalau alamat tempat tinggal sekarang berlainan dengan alamat dalam kad pengenalan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam borang tu ada bahagian yg diisi oleh majikan, majikan yg akn sahkan berapa lama sudah bermastautin di area tempat kerja tu.. let say 10 tahun, suruh majikam tulis 10 tahun bahagian bermastautin tu

      Delete
  44. Salam sis... nak tanya, kursus kahwin itu wajib ka? and if so, should I attend before sending and filling in the form or after?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. ya semua negeri mewajibkan ada kursus kahwin tu.. tp sbb sekarang covid kan, dorg ada alternative lain tu, ada yg kursus online. Kena call jabatan agama daerah masing² utk confirm kan cara kursus kahwin di daerah masing²

      Delete
  45. Saya nak tanya macam mana kalau pasangan kita sorg di Sabah sorg di Johor macam mana nak uruskan ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Urusan permohonan mesti dibuat di negeri asal masing2.. dah buat permohonan, yg pengantin lelaki mesti bw salinan borang permohonan nikah / kebenaran bernikah tu utk diserahkan di pejabat agama negeri pengantin perempuan. Sama macam yg sy explain di entry di atas

      Delete
  46. Salam.. untuk bahagian pengesahan dan pemastautin, andai kata ketua kampung yang sah kan.. hanya sahkan dalam ruangan borang tu saja ka atau ada apa apa surat perlu dilampirkan?

    ReplyDelete
  47. Hi sis. Saya nak tanya..

    1.Jika pasangan janda dan duda.
    Masih perlu kursus kahwin ke?

    2. Masa perkahwinan pertama saya dulu tahun 1997 belum mewajibkan kursus kahwin, ada kah perlu berkursus utk pernikahan kali kedua saya ini

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurm.. kalau yg itu sy tidak pasti.. sebab undang2 dulu dan sekarang berbeza kan. lebih baik tanya pejabat agama

      Delete
  48. Assalam..mau tanya kalau borg daftar nikah tu ada tarikh luput kah cntoh sudah isi lengkap dgn tarikh masi bole guna kah tu borg yg sama tapi tarikh lain..sbb bnyk kali kena hold?

    ReplyDelete
  49. Hye sis, kalau org sabah mahu ambil kursus pra-perkahwinan di Selangor bole guna pakai di sabah ka ?

    ReplyDelete
  50. Assalamualaikum sis, saya nak tanya. kalau saya sekarang ni di sandakan kerja. dan ingin bernikah di kinabatangan. borang kebenaran nikah mahu di hantar di mana ya???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. kerja saja sandakan, asalnya orang mana? Kalau asal kinabatangan hantar borang di kinabatangan. Yg penting mesti hantar di daerah asal masing2

      Delete
  51. assalamualaikum kalau pas jkm boleh mohon surat kahwin ka?

    ReplyDelete
  52. Assalamualaikum sis... Boleh tanya ka..
    1. Kalau pasangan pengantin tinggal di kawasan tiada penghulu, siapa yang perlu isi bahagian bermastautin tu? Boleh buat surat akuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedang bekerja ka? kalau bekerja boleh bagi majikan yg isi

      Delete
  53. Saya mau tanya . Sayaa asal sndakan tpi saya berkerja d kk dan psangan d kk . Saya suda mengisi borang saya dgn pasangan di kk . Saya suda pun hntar pergi muis kk . Tapi skiranya saya mau nikah d sandakan . Bagaimana kah pengurusan dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh minta surat kebenaran nikah luar daerah dari muis kemudian hantar ke jabatan agama di sandakan

      Delete
  54. Assalamualaikum. Sis, mau tanya. Kalau pasangan lelaki orang semenanjung, kerja di Sabah dia kena mohon kawin di JHEAINS ka atau negeri asal ya? Sebab dia ada di Sabah sekarang. Kena balik urus di negeri asal atau boleh mohon di JHEAINS?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Kalau sdh lama bermastautin kerja di sabah boleh apply thru Jheains

      Delete
  55. slm sis . sa mw brtanya .. boleh ka bakal isteri saya(blum msuk islam)isi borang nikah tu? sbab dia plan nak masuk muslim mngkin 2 mnggu sblum nikah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. perlu isi selepas masuk islam tu, sbb sijil tukar agama perlu disertakan masa buat permohonan

      Delete
  56. salam sis saya mau tnya mcm saya org semenanjung laki org sabah kerja di semenanjung borang nikah kena ambil di sabah juga ke..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. ya kalau nikah di sabah kena ambil borang sabah tu . Kalau nikah luar sabah boleh try guna borang negeri tmpt bermastautin

      Delete
  57. Salam awk..sy nk tnya ada beza ke Borang Permohonan Berkahwin & Borang Kelulusan Berkahwin? Adik ipar sy nikah di Tawau bln 12 ritu, tp bln nie kena pegi lg Pejabat Agama Tawau kata dia sbb nak ambil sijil nikah. Tp Borang yg di tunjuk pd sy Borang Kelulusan Berkahwin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Borang permohonan warna biru, borang kelulusan biasanya black and white ja.. Sijil nikah warna hijau.. Cuba inform kata nak ambil sijil nikah.. tu mungkin borang kelulusan lama yg lupa kena ambil

      Delete
    2. Okay..Borang di tunjukan pd sy adalah Black & White shja iaitu Borang Kelulusan Berkahwin..dan tercatat tarikh nikah pada 22 March..maksudnya baru nak nikah ke? Sbb tu sy pelik..pdhal dah nikah pd Dec lps.Adakah prosedur Pejabat Agama Sabah mcm tu utk ambil Sijil Nikah?

      Delete
    3. Oh ya ka.. hurmm sy pun kurang pasti kalau isu macam tu.. cuba pegi pjbat jheains and tanya pegawai dia lebih lanjut sbb sy kurang arif bab tu . Sorry ya

      Delete
  58. sis..saya mau tny, kalau pasangan saya ni orang smenanjung tpi dia kerja dekat KK bru sebulan..dia boleh hantar borang dan dokumen tu dekat JHEAINS ataupun dia kena pergi semenanjung lg utk dpatkan surat kebenaran kahwin luar negeri sbab kmu mau kahwin dkat KK juga dan saya orang KK?? please reply huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kena isi borang kebenaran nikah di negeri dia juga walaupun dia bekerja di KK

      Delete
  59. sis kalau mau nikah luar negara cuma isi borang kebenaran nikah luar kariah sejak kah atau nanti ada di bagi borang lain lagi lepas dapat kelulusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. JHEAINS akan keluarkan kertas khas sebagai kebenaran untuk dibawa ke negara / negeri tempat nikah

      Delete
  60. Sy dah hntar borang nikah. Brapa lama ya kena tunggu call drpd Jheains?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try call semula seawal seminggu lepas submit

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Maternity Package Kota Kinabalu / Pakej Bersalin Kota Kinabalu

Annual Fee for Debit Cards in Malaysia