Maternity Package Kota Kinabalu / Pakej Bersalin Kota Kinabalu
Since this is my first ever entry in year 2021,
Happy New Year my dear pembaca! π
Sebelum ni sy dah share tentang Permohonan Nikah Sabah , disusuli dengan Checklist Kahwin..
Lepas semua majlis yg dirancang selesai dan berjalan dengan lancar, semestinya para pasangan pengantin baru sedang merancang untuk membina keluarga kecil masing-masing kan?
Mesti ada yg sedang 'expecting' ataupun bahasa melayu kita kata 'mengandung'..
Tahukah kamu?
Sejak Pandemik Covid-19 masuk Malaysia sekitar hujung Januari 2020, disusuli dengan Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac 2020,
Wad bersalin di hospital kerajaan ditutup untuk para bapa, penjaga dan juga pelawat.
Maksudnya hanya ibu sendirian bertarung nyawa melahirkan anak dan menjaganya tika di dalam wad..
Mengikut pengalaman ibu-ibu sebelum ni, kalau bersalin normal lebih mudah untuk bergerak dan menjaga bayi sendiri..
Kalau yg secara pembedahan @ c-zer?? Dengan sakit luka pembedahan, mampukah untuk bergerak dan menjaga bayi bersendirian?
Mesti ada ibu-ibu yg kata "Alah boleh lah tu" "Alah senang ja tu"
Ketahuilah ada perbezaan antara pertama kali menjadi ibu dan yg sudah lama menjadi ibu π
So entry kali ini sy mau share tentang Maternity Package di Hospital / Pusat Rawatan Swasta sekitar Kota Kinabalu ya..
Di KK ni ada Rafflesia Medical Centre, KK Specialist Centre, Gleneagles Kota Kinabalu, KPJ Sabah dan Jesselton Medical Centre..
Mungkin ada lebih banyak pusat bersalin, tp saya hanya bandingkan antara 5 ini saja ya π π
Dari kiri π adalah yg termurah ya..
Maternity Package Kota Kinabalu |
Tempoh dalam wad untuk pakej di atas adalah sama, untuk yg bersalin secara normal - 2 hari 1 malam
(Kecuali KK Specialist Centre yg boleh balik pada hari yg sama selepas bersalin. Sesuai untuk ibu-ibu sihat yg tidak suka lama di hospital)
Bersalin Ceaser @ bedah - 3 hari 2 malam (kecuali KK Specialist 2H 1M)
Kepada parents yg mahukan pemeriksaan dan injection lengkap buat si bayi, bolehlah cuba KPJ, JMC ataupun Gleneagles.
Cuma untuk KPJ, tidak ada injection Vitamin K tapi ada bilirubin test..
Apa pentingnya vitamin K kepada bayi? Vitamin K berfungsi untuk mengelakkan dari terjadinya pendarahan. Samada dalaman atau luaran.
Bilirubin test pula adalah untuk check kuning @ jaundice bayi.
Kepada yg mementingkan meals @ makanan buat si ibu, yalah suami pun sibuk, mahu teman and jaga kita, mana sempat mau masak kan.. Atau tidak perlu fikir mau susahkan sesiapa untuk masak makanan berpantang kan..
Pilihan hospital juga sama seperti diatas, iaitu 3 hospital dikanan yg menyediakan makanan berpantang sesuai buat para ibu.
Untuk JMC & Gleneagles, mereka sediakan tambahan 'makanan snacks' 2 kali sepanjang berada di wad selain daripada makanan utama - sarapan, makan tengah hari & makan malam
Tapi sila sedia maklum, harga pakej diatas sekiranya si ibu bersalin dalam waktu berkerja, Isnin - Jumaat (8am - 5pm) & Sabtu (8am-1230pm) sahaja..
Sekiranya diluar waktu bekerja, contohnya Isnin-Jumaat tapi sebelah malam ataupun tika hujung minggu, ataupun tika cuti umum, semestinya ada cas tambahan yer (Seperti yg di dalam bahagian 'additonal charges')
Dan sekiranya memerlukan bantuan tambahan seperti labor induce, epidural injection (ubat tahan sakit), penggunaan vacuum atau forcep, semestinya ada cas tambahan juga ya..
Di JMC & Gleneagles, harga pakej termasuk dengan pemeriksaan pertama kali selepas bersalin daripada OnG Specialist. Untuk KPJ tidak dinyatakan.
Oh ya!! Untuk dapatkan harga pakej diatas, kebanyakkan pusat rawatan bagi syarat minimum 3x berjumpa dengan pakar OnG mereka sebelum bersalin.
Jangan pula sebelum ni pegi berklinik di klinik kesihatan kerajaan sahaja, bila tiba masa mau bersalin tiba2 mau pegi swasta pula. Ahhhh itu harga lain ya, akan adalah cas tambahan.
Yalah supaya mereka tahu apa keadaan kesihatan si ibu dan bayi dalam kandungan, mungkin berisiko bagi mereka untuk menerima kes yg mereka sendiri tidak arif tentang keadaan si ibu dan bayi.
Dorang akan terima juga tapi bukan harga pakej di atas ya.
"Alah hospital kerajaan terima ja pun", Welllll kerajaan kita tidak bayar semahal ini kan?
Of course di pusat rawatan swasta mereka mahu berikan perkhidmatan terbaik berdasarkan harga yg kita bayar kan?
Fikir-fikirkan dan selamat memilih π
Entry ini adalah perbandingan ringkas yg saya buat berdasarkan iklan yg mereka buat.
Kriteria diatas pun berdasarkan apa yg penting bagi saya, sekiranya tidak cukup lengkap bolehlah hubungi pusat rawatan yg kamu berminat tu ya.
Entry ini tidak ditaja oleh sesiapa, bukan juga untuk menjatuhkan mana-mana pusat rawatan ya.
Ini hanyalah perkongsian saya as a mother-to-be dan untuk memudahkan para ibu yg lain.
Hope you enjoy reading!
Moga semua para ibu dipermudahkan, diberi kekuatan dan kecekalan juga diberi kesihatan yg baik..
Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ni :D
ReplyDeleteSama2 ^_^
DeleteInfo yg menarik..Boleh tahu yg senarai ni utk hrga trkini ka ya?
ReplyDeleteYa betul, senarai terkini 2021
DeleteTq info ni..sy pilih bersalin di JMC
ReplyDeleteSama² ^_^
DeleteDah selamat bersalin? Selamat berpantang
Brapa ya kos awk bsalin di jmc ?
Deleteada harga untuk beikat sekali ka? BTL
ReplyDeleteYg itu tiada dalam pakej maternity.. boleh try tanya OnG Specialist yg kamu pilih nti
Delete2 bed tu,maksud nya berkongsi dengan Customer lain ke?atau 2 bed milik kita bersama peneman kita
ReplyDeleteYa betul, sharing dgn patients lain.. penjaga tidak disediakn bed, sama mcm di hosp kerajaan
DeleteAlhamdulillah saya pilih Gleneagles KK dan sudah selamat melahirkan ❤️ Terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Tahniah.. Selamat berpantang ya
DeleteHai mis,nk tny..ade ke buat ivf?
ReplyDeleteDi Gleneagles ada service Ivf, dlm rm16k
DeleteSis, sy pregnant 32 weeks dan masih check up di klinik gov, sis tau prosedur mcm mana mo minta tukar check up ke hospital swasta sbb sy plan mo beranak di swasta jak. 1st baby, xda pengalaman lg. π
ReplyDeleteHai.. tahniah, nda lama lagi tu.. max 8 minggu lagi to see your baby.. Boleh terus pegi hosp yg kamu mau tu and request utk jumpa Doktor yg kamu mau.. Biasanya Doktor yg sama yg akan sambut baby kita nanti
Delete