Checklist Kahwin - My Wedding Diary

 Sebelum sesuatu majlis itu diadakan, adalah lebih baik dirancang dan diatur sebaiknya demi kelancaran majlis..

Apatah lagi majlis perkahwinan kita sendiri kan?

Untuk majlis perkahwinan kami, sy ambil idea dari Bella Dally yg memperkenalkan konsep 'Diary Perkahwinan'

Apa yg diisi dalam diary tu?

Haaaa meh sini nak share, tapi diary ni konsep sy sendiri..

Kamu boleh ubah dan reka bergantung kepada preference masing2 ya..


First, sy atur berdasarkan Checklist what-to-do daripada Facebook ni..



Contohnya untuk 6 bulan Sebelum majlis, kena buat anggaran bajet majlis

So kita senaraikan apakah yg perlu dimasukkan dalam bajet itu..

Contohnya:

1- Masakan & Katering

Kalau masak sendiri, senaraikan apa yg perlu dibeli, berapa banyak diperlukan beserta dengan harga semasa

Kalau katering, senaraikan beberapa perkhidmatan katering yg kita berminat, menu2 beserta harga yg mereka sediakan.. Kemudian boleh bandingkan dan senang untuk pilih

2- Pelamin

3- Khemah

4- Makeup

5- Wedding Planner

Senaraikan syarikat atau nama2 yg menyediakan perkhidmatan diatas beserta harga secara details, mudah untuk kita bandingkan mana satu yg sesuai dengan bajet kita dan kesukaan / yg berkenan dihati kita..

Untuk bajet, lebih baik semuanya disenaraikan supaya mudah untuk kita membuat pilihan..


Next step, saya hanya refer pada checklist tu kemudian reka / senaraikan secara details mengikut kreativiti kita masing2.. 

Sudah selesai list untuk 6 bulan sebelum, bolehlah teruskan ke list 3 bulan sebelum..

Kemudian, seterusnya dan seterusnya..

Ikut saja pada checklist itu, ia betul2 membantu ๐Ÿ‘ 

senarai tetamu jemputan

Untuk tetamu jemputan, lebih mudah jika kita senaraikan mengikut group..

Contoh, group family, kawan sekerja, kawan sekolah, kawan se-universiti, kawan sekampung &etc..

Ia adalah untuk memudahkan kita menyenaraikan dan supaya tiada yg tertinggal


Dalam Wedding Diary saya, seksyen paling penting adalah Saving & Expenses..

Mudah untuk kita track dan trace berapakah simpanan semasa kita dan kemanakah duit habis dibelanjakan..


Contohnya tambahan simpanan bulanan, pembelian doorgift, pembelian kad jemputan, pembayaran kepada katering, sewa homestay untuk keluarga &etc

Semuanya sy senaraikan, mudah untuk kita tahu berapakah baki semasa yg kita ada..


Wedding Diary ni sy dah mula wujudkan sebelum kami tunang lagi, so bajet dan senarai untuk hantaran tunang & jamuan pun sy masukkn sekali dalam diary tu ๐Ÿ˜

Pemilihan jenis 'diary' juga kita boleh pilih ikut kesukaan kita..

Yg berkunci ka, yg ada bunga2 ka, yg bentuk love ka, yg custom made ka, yg dalam tab / smartphone ka.. Up to the owner ya..

 Sy hanya pilih notebook biasa ja sebab mudah untuk diconteng, dilakar dan dikoyakkan kertasnya.. Hehe


Memudahkan bukan?

This is SyuSaidil's Wedding Diary, create yours now ๐Ÿ˜‰


Meh nak share sikit pasal our wedding..

Tarikh asal majlis pernikahan adalah 4/4/2020, kerana PKP ia ditunda ke 26/6/2020

Majlis persandingan yg sepatutnya 5/4/2020 ditunda ke 30/8/2020, tapi sebab PKPB ditunda lagi ke 4/10/2020, tapi kerana kes Covid-19 di Sabah yg naik mendadak selepas Pilihan Raya Negeri, kami buat keputusan untuk batalkan secara total demi keselamatan dan kesejahteraan semua..

Sedih? Sedih sangat sebab time nikah tidak semua dapat hadir kerana tuntutan kerja dan sekatan limit tetamu di majlis sosial..

Rugi? Ya kami rugi part paper bag doorgift. Kami dah beli dalam 1000 paperbag doorgifts untuk diberi masa majlis persandingan, tapi apakan daya manusia hanya mampu merancang, Covid-19 itu lebih hebat 'serangannya'..

Sy beli Rm6.90/bungkus, setiap bungkus ada 10 paperbag..

Now sy nak let go untuk Rm6.00/bungkus

Ukuran paperbag - 17cm x 14 cm

Sesiapa area Sabah yg berminat untuk membeli paperbag tu bolehlah email no whatsapp kamu ke syusaidil@gmail.com yer. Kita deal sampai jadi ๐Ÿ˜„

ada beberapa lagi warna dan design yg lain

Untung? Ya untungnya kami jimat lebih separuh daripada simpanan keseluruhan..

Duit baki bolehlah bagi family ka, simpan utk anak2 ka, simpan tuk deposit beli rumah ka, simpan tuk honeymoon ka..

Kahwin time PKP?

Pros - Jimat!

Cons - Tidak meriah dan tidak semua dapat hadir sebab pelbagai sekatan ๐Ÿ˜ข


 Saya nak share perkhidmatan yg saya gunakan, kamu bolehlah search di Facebook ataupun Instagram ya..

I always want the best, so they are one of the best, must hire them!

Wedding Planner: Dhuha Wedding Planner

Videographer: Lan Production

Photographer: Amirul Hzq Photography

MUA: Nia Haruns MUAKK

Henna: @esyuenaita_henna

Contact Lens: @imlens.hq

Baju Nikah: Beli sendiri tapi detailing by Rosz Apparel @1Borneo, depan GSC

Outdoor photoshoot Songket: Naz Creations KK Plaza

Handbouquet: Lavender Florist & Giftshop, Damai

Songket di majlis Mertua: Dsadar Bridal, Putatan

Comments

  1. Assalamualaikum sis..

    Itu Salinan IC Saksi untuk borang Kebenaran Nikah lelaki dua-dua salinan ic kena minta Chop Pengesahan JPN juga karh??

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Maternity Package Kota Kinabalu / Pakej Bersalin Kota Kinabalu

Permohonan Nikah Sabah

Annual Fee for Debit Cards in Malaysia