Kelengkapan Mendaki Gunung Kinabalu

Secara khususnya, saya akan share barang-barang kelengkapan yg diperlukan utk daki Gunung Kinabalu..
Tapi secara amnya, kalau nak daki gunung lain yg seakan-akan sama suasana, suhu dan cuaca dgn Kinabalu bolehlah jadikan entry ini sebagai rujukan tambahan juga..

Gunung Kinabalu yg kita tahu, mempunyai ketinggian 4,095.2m dari paras laut..
Berada di Kundasang, Sabah..
 Negeri yg terletak di dalam kawasan khatulistiwa..
Makanya, ia mengalami 'musim panas dan hujan' dan special-nya ada 'musim sejuk'..
Suhu di Gunung Kinabalu ketika cuaca, minimum dalam 20°C..
Tika hujan turun boleh mencecah lebih rendah dari 16°C
Manakala ketika 'sejuk' atau ketika malam dan di puncak suhu boleh mencecah sehingga 3°C..

Jarak pendakian dari Timpohon Gate (Kinabalu Park) ke Puncak lebih kurang 8.7km..
Timpohon gate ke Laban Rata dalam 6km, dan sepanjang jarak ini kita akan 'dihidangi' dgn flora dan fauna..
So dalam perndakian pada jarak ini barang yg akan kita perlukan hanyalah,

Rain coat @ baju hujan

Seterusnya pendakian dari Laban Rata ke Puncak berbaki 2.7km..
Memandangkan pendakian ke puncak bermula jam 2.30pagi, ketika ini, 'musim sejuk' tiba..
Dan barang-barang yg sangat diperlukan ialah,

Winter Coat

Seperti yg sy pernah sebut dalam entry Misi Tawan Kinabalu, gunalah winter coat dan bukannya sweater..
Sebab? Sweater tidak cukup untuk menahan suhu sejuk ketika pendakian ke puncak, you may need double tapi sweater sangatlah berat..


longjohn
Bagi yg sangat tidak tahan dgn cuaca sejuk, bolehlah pakai longjohn tika pendakian ke puncak..
Tapi sy peringatkan, ketika turun dari puncak dan matahari sudah terbit, cuaca akan panas semula dan kamu mungkin perlu tanggalkan longjohn ni sebab memang panas sangat! 😁
No worries.. di checkpoint Sayat-Sayat ada tandas..


Winter Glove @ Ski Glove
Kenapa perlu glove jenis macam ni, tak boleh glove bulu-bulu or glove kebun biasa?
First, cuaca sangat sejuk, kalau nak yg biasa-biasa tu boleh tp mungkin perlu double..
Second, kita perlukan yg waterproof @ kalis air, sebab sesetengah laluan kita perlu berpegang pada tali.. Kalau tali basah glove pun basah, then ditiup angin, fuhhhhhh rasa sejuk nya boleh bikin tangan beku tauuuuu...


Mafla / Mask

Untuk pengetahuan, suhu sejuk ketika diatas membuatkan lapisan udara sangat  nipis dan sejuk dan boleh menyebabkan masalah pernafasan..
Udara yg dihirup tu boleh buatkan hidung sakit sebab terlalu sejuk..
**worse case boleh berdarah hidung..
So better pakai mafla ataupun mask hidung ya


Headlight

Ini antara yg sangat penting tika pendakian dari Laban Rata ke puncak..
Memandangkan kita akan mula mendaki tengah malam, pendakian yg gelap itu perlulah diterangi dengan headlight ni..
Pastikan beli headlight ya bukannya torchlight..
Kenapa? Permukaan bumi sepanjang pendakian akan memerlukan kita untuk meng-optimumkan penggunaan kedua-dua belah tangan untuk berpegang atau berpaut pada sesuatu untuk mendaki..
Kalau sebelah tangan dah pegang torchlight, sebelah tangan tuk berpaut, bahaya kan?
Disarankan, gunalah headlight.. 

Bila dah turun dari puncak, matahari dah pun terbit.. 
Maka 'musim panas' pun kembali 😌😓
Dan ketika ini yg kita perlukan hanyalah,
Sarung tangan ala-ala kebun

Sarung tangan jenis ni hanya diperlukan tika turun dari puncak ke Laban Rata..
Akan ada beberapa tempat yg bila turun kita perlu berpaut pada tali, so demi keselamatan dan kesihatan kulit tangan, pakailah jenis ini..
Tak nak pakai sarung tangan? Boleh bha, takda hal bro..
Ataupun nak pakai balik winter glove tu sbb malas nak bawa banyak glove?
Pun boleh no hal, cuma panaslah 😅

Oh ya, ada satu lagi yg diperlukan untuk mereka yg tidak bertudung dan tiada hoodie, untuk melindungi kepala dari suhu yg terlalu sejuk, bolehlah pakai SNOW CAP

Barang-barang lain seperti ubat-ubatan, bolehlah dibawa ikut keperluan masing-masing..
Tapi harus sy ingatkan, tidak perlu bawa terlalu banyak dan berat-berat..
Sebab ia akan melambatkan dan merumitkan pendakian anda..
Air minum bawa ja yg botol 1.5 liter, kalau habis boleh refill guna air bukit (selamat & sedap) atau refill di cafe hostel..
Boleh bawa maggi cup tuk makan tengah malam kalau lapar dan mini chocolate tuk energy booster..
Bawa juga minyak angin tuk legakan sikit kesakitan, bawa yg kecik ja..
Oh ya bawalah travel pack toiletries masing-masing beserta tuala kecil untuk mandi..
Laban Rata tidak menyediakan tuala, boleh juga sewa tapi lebih kurang Rm10.. lol
Kebanyakkan barang jualan dan sewaan di Laban Rata lebih kurang RM10, kalau rasa malas mau bawa barang, mau shopping ja diatas, bawalah cash banyak-banyak 😆

Today is 2/12/2019, 28 days till my Misi Tawan Kinabalu 3.0
My third and last maybe? heee

Misi Tawan Kinabalu @ 1/1/2016

Misi Tawan Kinabalu  2.0 @ 16/12/2016

How my #MiTaKi3.0 peak picture of the day gonna be?

Comments

Popular posts from this blog

Ortho-K Kota Kinabalu, Sabah

{.. I'm Optometry student ..}

Cara Bayar PTPTN Guna jomPAY