{.. I'm Optometry student ..}

Setelah hampir berbulan2 cuba utk merangka semula masa depan..
yang dulunya bergelar medical student (pelajar perubatan)..
Kini..
Alhamdulillah..Allah membuka rezekiku dlm bidang Optometry..

Optometry??
What is that?
Pasti ramai yg belum biasa mendengar tentang kos tu bukan??

Optometry adalah satu bidang kesihatan yg berkaitan dengan penjagaan mata..
Antara pekerjaan professional seperti Doktor, Engineer, Lawyer & etc..
Optometry nama bidang manakala pekerja dlm bidang itu pula dipanggil Optometrist..
masa 1st time sebut gitau family members..
"ooh..doktor mata lah?"
errmmmm..bukan doktor mata..
Lebih kepada penjagaan penglihatan..
Vision & Visual =D

Kalau di USA..
Optometrist setaraf Physian @ Doktor..
tapi bidang pekerjaan & pembelajaran optometry lebih relax & santai..
Ada satu artikel keluaran Berita Harian..
Optometrist adalah antara 10 pekerjaan paling relax didunia tp incomenya agak lumayan ^_^
Best bukan???

Di negara kita, hanya ada lebih kurang 700 optometrist berdaftar..
dianggarkan nisbah optometrist : pesakit sekarang adalah >>
1 : 40 000
sedangkan nisbah yg ideal adalah >>
1 : 10 000
lihat pada nilai..Optometrist masih kurang kan di Malaysia..
mgkin ramai yg akan kata..700 tu banyaklah..
banyak ea??
jika dibandingkan dengan rakyat negara kita yg baru saja di'update' pd 10 Februari 2014..
iaitu 29, 800, 800..hampir 30 juta..
700 out of 30 million..
masih sedikit nilai tu sebenarnya bukan..

jika ramai yg ragu..
nanti susah nak dpt pekerjaan..
I dont think so sbb Malaysia msh kekurangan optometrist..
Optometrist ni bidang kerjanya cuma berkaitan dgn mata..
so..for sure bekerja dlm Kementerian Kesihatan..
kalau tak nak makan gaji buta..
boleh buat bisnes dgn membuka kedai optik atau lebih mudah difahami dgn 'kedai spec mata'..
tapi..perlu menjadi optometrist yg berdaftar kalau nak buka kedai =)

Dalam negara kita, ada beberapa IPT yg menyediakan kos Optometry utk Degree..
antaranya UKM, UiTM, UIAM, Management & Sciences University (MSU), SEGI University, & National Institute of Ophthalmic Sciences (NIOS).. =>

Antara beberapa IPT diatas..pasti ramai yg biasa dengar kecuali NIOS bukan??
NIOS adalah institut mata yg beroperasi dibawah kelolaan Hospital Mata Kebangsaan Tun Hussein Onn, Petaling Jaya..
atau dlm English-nya Tun Hussein Onn National Eye Hospital (THONEH).

Sistem pembelajaran di NIOS mmg agak berbeza sedikit dr IPT yg lain..
NIOS sebuah institut 'Hospital- based training'..
belajar & training didalam Hospital..
so..sistem pembelajarannya lbh praktikal & professional :)
qualification juga diiktiraf di peringkat International krn institut ini berkolaborasi dgn Birla Institute of Technology & Science, Pilani, India..
mudah dikenali dgn BITS..
sebuah institusi terkenal dunia sejak 1964..
BITS juga diiktiraf oleh MOC..
so..tak perlu risau soal pengiktirafan..just think about study.. ^_^

syarat kemasukan pula~
lepasan STPM dgn 3 principle Science subjek....
A-level UK..
Malaysian Matriculation..
AUSMAT/CIMP..
Foudation in Science
UEC..
atau setaraf dengannya =>

Bagi yg layak bolehlah mohon PTPTN...
tp kalau mampu, bolehlah bayar sendiri.
or lebih baik..boleh mohon biasiswa dgn MARA or Kerajaan Negeri..
sbb ini adalah sebuah institusi yg diiktiraf..

mungkin ramai yg tertanya2..
apa yg dipelajari??
pastinya yg relevan dgn Optometry..
untuk tahun pertama --> biochemistry, human anatomy, physiology, physical and geometrical optics ..
tahun ke-2 pula lebih kpd mendalami subjek di tahun 1 ditambah dgn ophthalmic pathologies & belajar tentang cara dan procedure optometric..
means belajar dgn alatan2 optometric..
tahun ke-3 --> masa untuk mengembangkan & menambahbaikkan practical skills pelajar di dalam Clinic..
masa ini akn belajar tentang contact lens, low vision, kerja2 optometry, binocular vision & geriatrics..
tahun ke-4 @ final year..
masa ni..akn lebih masa belajar & practical dlm Clinic..
untuk mengasah kemahiran & skill pelajar..

Clinic??belajar kat klinik mana??
mgkin ada yg bertanya..
Clinic tu tak jauh pun..ada dalam bangunan THONEH & NIOS tu..
Hospital ni ada byk klinik..
tp semuanya klinik mata..
belajar & praktikal dalam hospitaal..
best ^_^

Mungkin ada yg masih keliru..
NIOS tu apa..THONEH tu apa pla..
THONEH tu hospital.
Tun Hussein Onn National Eye Hospital..
NIOS pula institusi pengajian mata under dorang..
National Institute of Ophthalmic Sciences..
kalau ada yg berminat untuk check mata..
silalah datang utk buat pemeriksaan..
nak tahu lebih lanjut..boleh layari
http://www.thoneh.com/

Terima Kasih kerana sudi membaca.. =)
Kini anda dah tambah ilmu tentang Optometry..

I'm Optometry student at NIOS..
never regret with my choice..
Optometrist-to-be.. ^_^

Any enquiry find me at FB ⇨ Syuhaidah Saidil
Or email me at syusaidil@gmail.com 





Comments

Popular posts from this blog

Maternity Package Kota Kinabalu / Pakej Bersalin Kota Kinabalu

Permohonan Nikah Sabah

Annual Fee for Debit Cards in Malaysia