Annual Fee for Debit Cards in Malaysia
Setiap Malaysian terutamanya yg berumur 18 tahun keatas mesti ada kad Debit ATM kan?
Tapi tahu tak setiap kad Debit ATM yg kita miliki ni ada yuran tahunannya?
bermula dari tahun yg ke-2 hinggalah tahun yg seterusnya..
Tidak kiralah kad itu aktif digunakan ataupun hanya setahun sekali..
Ia tetap ada yuran tahunan..
Lain bank, lain cas yg dikenakan..
Saya akan share dan list-kan yuran tahunan setiap bank bermula dari yg paling mahal..
So mari tengok sekiranya kad Debit ATM yg kamu miliki tu berada dalam senarai ataupun tidak..
Tempat pertama, yuran tahunan yg paling mahal dimenangi olehhhhh.............
Public Bank~~~
yg mengenakan yuran tahunan bagi Visa Debit Card nya sebanyak RM24/tahun 😲😲
Public Bank juga mengenakan pelbagai yuran tahunan bergantung kepada jenis kad anda..
Lifestyle DebitCard dan Corporate DebitCard casnya sebanyak RM 8/tahun,
Petron dan UTAR/TARC Debit Mastercard pula Free for life..
CIMB Bank - iaitu RM 15/tahun
CIMB Bank |
Tempat ke-3 termahal pula ialah Affin Bank iaitu RM 12/tahun
AFFIN Bank |
**Eh macam pertandingan pula 😅😅
Kebanyakkan bank di Malaysia ni mengenakan yuran tahunan kad debit ATM sebanyak RM 8/tahun,
dan antaranya :~
BSN - RM8 |
BANK ISLAM - RM8 |
AMBANK - RM8 |
HONG LEONG BANK - RM8 |
ALLIANCE BANK - RM8 |
Dan ada juga bank yg mengenakan pelbagai yuran tahunan bergantung kepada jenis kad dan akaun yg dimiliki, antaranya: ~
Bank Rakyat ada 2 jenis yuran tahunan,
untuk Debit Card-i, Co-Band Debit card dan juga special edition card, casnya ialah RM 8/tahun
Tapi bagi mahasiswa dan mahasiswi yg memiliki Discount Siswa Debit Card-i, cas tahunannya hanyalah RM5/tahun
BANK RAKYAT - RM8 & RM5 |
Al-Rajhi Bank pun ada 2 jenis yuran tahunan,
untuk Basic Account with unlimited withdrawals RM 8/tahun,
untuk Non-Basic Account with unlimited withdrawals pula RM 10/tahun
Bank ke-3 yg ada pelbagai jenis yuran tahunan ni ialah Public Bank,
Boleh rujuk pada gambar yg pertama diatas sekali 👆👆
Ok sekarang list bank yg tidak mengenakan sebarang jenis yuran tahunan untuk kad debit ATM mereka,
iaitu~
MAYBANK |
Dan HSBC,
** Tapi yg ini sy agak kurang pasti sebab kenyataan mereka ni agak kurang difahami 😁😅
Mungkin free, tapi lihatlah pada cas yg dikenakan untuk lain-lain transaksi 👇
HSBC BANK |
Ada yg memiliki BigPay Prepaid Card? Kad yg dikeluarkan oleh cabang syarikat AirAsia tu..
BigPay juga waived yuran tahunannya, maksudnya Free lah..
tapi sekiranya ingin withdraw duit dari kad tu, dorang akan kenakan RM6/withdrawal
So, gunakannya as paywave sahaja, jangan withdraw 😄
BIGPAY |
So, dalam 13 kad Debit ATM bank diatas, kad ATM kamu yg tak aktif tu ada tersenarai ka tidak?
Cuba tengok berapa yuran tahunannya?
Agak-agak berbaloi tak untuk disimpan?
Selamat mempertimbangkan 😊
Saya pun sedang mempertimbangkan untuk batal beberapa kad ATM yg agak kurang berfungsi dan memang sangat jarang digunakan.. hurmmm
ambank bkn lg rm8.. skrg dh rm10
ReplyDeleteAgro bank dah Naik RM10
ReplyDelete