[.. Misi Tawan Kinabalu ..]

Setelah seminggu berehat, ku teruskan niat untuk tulis entry tentang #MisiTawanKinabalu..
Ramai yg bertanya, in syaa Allah aku akan share dari awal proses pengurusan hinggalah kesudahnya..
Teruskan membaca guys!! =)

Kami rancang sejak hujung tahun 2014, rancangan awalnya masa bulan syawal 2015 tapi hanya ada kosong 10 orang sedangkan rombongan kami tika tu seramai 16 orang..
So fikir punya fikir, aku cadangkanlah hujung tahun 31/12/2015..

Namun pada 5 June 2015, Dunia digemparkan dengan gegaran Gunung Kinabalu berskala 6.0 yg meragut beberapa orang nyawa pendaki dan malim gunung..
Sebagai mastermind and ketua rombongan, memang dipaksa untuk membatalkan pendakian..
Tapi aku faham perasaan semua pendaki yg dah berbulan2 menanti peluang..
Lepas bincang dgn semua, kami sepakat untuk teruskan..
Dari bulan June hingga ke Disember, memang kami menerima tekanan supaya membatalkan..
Tapi Alhamdulillah kedegilan kami berhasil..
Pada pagi hari 1/1/2016, kami berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu..Yeah!!!

Copppp!
Proses dulu..
>> Firstly, detect dulu anda Sabahan atau bukan?
>> Secondly, kalau SABAHAN bolehlah ambil borang pendakian di Pejabat Taman Sabah @ Sabah Park di Block H, KK Times Square (belakang pejabat ASTRO)
Atau boleh minta di Kinabalu Park, Kundasang..
>> Thirdly, submit @ hantar borang tu beserta salinan IC semua pendaki ke pejabat Taman Sabah tu.. Tak kiralah by hand or pos..
>> Fourthly, selesaikan segala urusan bayaran PERMIT PENDAKIAN & INSURAN di bangunan tu juga..
Tapi tuk bayaran PENGINAPAN & MAKAN MINUM, di Pejabat Sutera Sanctuary Lodge, di block bersebelahan..
>> Fifthly, Buatlah persiapan sepatutnya..
Bukan jogging yer tp practise turun naik tangga or bukit..
Kenapa pula? Baca sampai habis then kamu akan tahu ;)
Ehhhh.. belum habis urusan lagi..
>> Pada hari pendakian, ketua rombongan / pengurus pendakian perlu CHECK IN di Sutera Sanctuary Lodge Kinabalu Park & PEMBAYARAN GUIDE @ Malim Gunung
Lepas masing2 dapat nametag & malim gunung..
Then, barulah boleh mulakan pendakian..
JAP, proses diatas untuk SABAHAN ja tau..
Untuk Bukan Sabahan mohon call and tanya pihak Sabah Park =)

Bayaran semua untuk ;
~ Permit pendakian
~ Insuran pendakian
~ Penginapan @ Hostel
~ 5x makan & minum
~ Guide @ Malim Gunung

Barang2 keperluan ;
* LAMPU SULUH (sebaiknya yg dikepala tu)
* BAJU TEBAL @ WINTER COAT
(bukan sweater sbb berat)
* SARUNG TANGAN
(sebaiknya setebalnya sbb di atas sangat sejukkkkk hingga menjangkau -5 celcius)
* SNOW CAP
(bagi yg tidak bertudung)
* LIP BALM
* MAFLA / MASK
(udara terlalu nipis & sejuk, elakkan masalah pernafasan)

~ BAJU HUJAN
(untuk pendakian dari Gate ke Laban Rata sahaja, sekiranya hujan)

Tanda * adalah barang2 penting yg diperlukan di Puncak..
Jangan lupa untuk bawa CHOCOLATE sebagai makanan energy segera.. 


Story time~ 

Bacaan doa diimamkan oleh Haziq sebelum bertolak ke Kinabalu Park.. 

Selepas urusan pagi 31/12/2015 tu, kami mulakan pendakian pada jam 8.50am..
Rombongan kami seramai 18 orang dijaga oleh 4 orang malim gunung, Uncle Jo, Zee, Dean and Juan..

From left, Juan, Zee.. At right Uncle Jo.. Dean tu belakang si Zee..

Sebelum ni ada 2 pilihan perjalanan untuk mendaki, Timpohon Trail & Mesilau Trail..
Tapi lepas gegaran tu, Mesilau Trail kini ditutup sebab rosak teruk..
Perjalanan pendakian dari Timpohon Gate sejauh 6km..
Untuk 4km pertama, bagi yg pantas secara puratanya
boleh daki selama lebih kurang 30mins untuk 1km..
Tapi lepas KM.4, pendakian jadi lebih mencabar sebab batu-batuan yg besar and sedikit curam..

KM.1 pada ketinggian 2039m dari paras laut..
KM.2 pada ketinggian 2252m dari paras laut..
KM.3 pada ketinggian 2455m dari paras laut

KM.4 pada ketinggian 2745m dari paras laut..
As I said before, lepas KM.4, pendakian jadi makin mencabar sbb batu besar2..


Gunung Kinabalu disebalik kabus..


Pondok Villosa @ pondok ke-5
Laluan dan pemandangan dari KM.5 
Lepas dari KM.4.5, aku dijaga oleh 2 orang guide yg sebenarnya bukan guide kami tapi guide orang Korea..hehehehe
Aku yg dah lari jauh dari ahli2 rombonganku sebenarnya.. Last2 masuk group foreigners dari Japan, Korea & Taiwan.kekeke..
Dek kerana dah kesakitan dan kepenatan kaki, asyik tanya "jauh lagi ka?"
Jawapan dorang, 'sikit lagi bha. Nda sudah jauh tu'
Rasanya lepas beratus meter perjalanan, masih tak sampai2, "dari tadi cakap sikit lagi tp nda pandai sampai2 pun"
'Uih mengolok kau tau'.. heeeeee
Dorang tu sebenarnya hanya mau bagi semangat sedangkan sebenarnya memang sangat jauh lagi..
 Perjalanan pendakian 500m tu sebenarnya ibarat berjalan kaki 30 km jauhnya tauuuuu..

with Guide orang Korea yg aku 'curi'..


Tapi Alhamdulillah, lebih kurang jam 2.35pm 31/12/2015, tibalah di Laban Rata..
Yg syioknya jadi pendaki perempuan pertama yg sampai di LR.. Yeah!!!!
Eh copppp..tapi di kalangan rombongan kami ja ea..hehehe..


Sampai ja di Laban Rata, terus ambil gambar macam di atas ni sampai guide tegur "apa kau ambil tu, sini sia ambil gambar ko"..
** Ni sebab kena ada bukti waktu aku tiba..heee **

Check In ja di Laban Rata tu terus cari 5 jejaka hebat yg dah awal sampai tu..
5 jejaka hebat > Haziq, Kiyui, Pacik Pejal, Supri & Nawang dah sampai lebih kurang jam 1pm..
Masuk ja bilik aku terus buka kasut and duduk mengunjur atas lantai..
Pacik hulur pisang ke aku, Haziq hulur air..
Masa tu nda peduli sudah..memang penat habisssssss!! Fuh!!

Tapi sebab masih semangat, ajaklah dorang2 ni tunggu yg lain di dataran bawah..
Then pendaki yg tiba selepas aku > Elis @ Nong pd jam 3pm..
Then, sorang demi sorang selamat sampai..
Tahniah semuanya!!!!!

Sementara menunggu yg lain sampai, lepaklah di dataran depan Laban Rata Resthouse tu..
Menghayati pemandangan berada di atas awan..
"Eeee. Kita atas awanlah"


Berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu & Laban Rata Resthouse
I'm here!!! =)
Laban Rata pada ketinggian 3272.7m dari paras laut..
Sunset view from Laban Rata..
Pendaki terakhir tiba pukul 6 lebih..
Bila ku tanya dgn Malim Gunung Zee, "Ya, dialah penutup"
Walaupun dia ambil masa 9 jam untuk tiba di Laban Rata, selamat tiba dan jejak kaki ke LR tu sudah cukup bersyukur.. Tahniah Kakak!! ;)

Lepas dinner and siapkan barang tuk pendakian ke puncak, masing2 tidur..
Semua kepenatan.. Sampaikan orang riuh-rendah sambut New Year pun tak sedar.. hehehe..
** eh! akulah tu..hahaha **

Lepas supper lebih kurang jam 2am, kami mulakan pendakian ke puncak jam 2.30am..
Perjalanan pendakian dari Laban Rata ke Puncak adalah sejauh 3km..
Dengan suhu yg sangat sejuk, udara yg nipis, keadaan yg curam..
Memang sgt menguji ketabahan dan kekuatan diri..
Masa tu aku hanya fikir "Dah berjaya sampai takat ni, takkan mau surrender pula.. Rugi!"

Macam hari sebelum tu, aku teruskan pendakian sorang2 sebab Haziq tinggalkan aku and aku tinggalkan Elis di belakang..heee
Jap, bukan selfish tapi Malim Gunung sendiri pesan "Yg cepat boleh jalan dulu"
Dalam keadaan gelap dan kiri kanan curam, takda ruang selamat untuk rehat dan menunggu melainkan teruskan perjalanan secara perlahan-lahan..
Sampai satu kawasan, sorang guide tegur "kau group mana ni?"
Lepas tunjuk nametag, "bha jom kita jalan sama2"
Sebenarnya memang dia guide kami pun..Malim Gunung Dean..

Eh lupa!
Ada satu check point di KM.7 @ Sayat Sayat Check Point yg buka hingga jam 5am ja..
Pendaki yg lewat tidak akan dibenarkan teruskan pendakian ke puncak yg jauhnya dalam 1.7km lagi..
Check point tu jugalah sebenarnya pemangkin semangat..
and Alhamdulillah tiba di check point jam 3.50am..
Sementara duduk rehat tu, Balyna & Elis sampai lebih kurang jam 4.05am..
Start dari situ kami daki and tawan puncak sama2..
Cop! Ngan Pacik Pejal juga yg kami jumpa di cerunan sekitar KM.7.5..

Dalam 30m lagi baki pendakian..
Pendakian akhir dgn rintangan batu2 besar and curam
Kami berselisih dgn pelbagai bangsa pendaki and dorang bagi semangat..
"Ure almost there"
"After this big rock"
"Its amazing up there"

Puncak tertinggi?? Tuuuuuu atas sana.. Ce tengok betul2..

with my acquaintance from Taiwan & cousins..

Tepat jam 6.33am, kami berempat berjaya sampai di puncak..
Masa tu segala penat lelah hilang!
Rasa puas yaaaa amat! SubhanAllah..

Balyna, Pacik Pejal & Elis
Yeah!! I made it!
Sunrise view from Low's Peak Mount Kinabalu

View from side of the peak..
Tengok gambar diatas and perhatikan anak panah..
Anak panah tu menunjukkan Pantai sepanjang Kota Kinabalu yg jauhnya 2 jam perjalanan dari Kundasang..
Ni aku sendiri tanya Malim Gunung yg bertugas di the peak tu..
"Pantai ka tu?"
'Iya.. Pantai KK'..
I was, MasyaAllah... SubhanAllah..

Lebih kurang 10 mins di puncak, kami beredar untuk turun..
Bagi pendaki lain peluang tuk bergambar pula..heee
Now, masa tuk turun and berpijak pada bumi yg nyata..hee
 Enjoy the views and photos =)

Panorama view.. From right, the highest peak, Low's Peak Mount Kinabalu..

KM.8 pada ketinggian 3929m dari paras laut..

Peak ke-3 tertinggi, Peak yg ada pada Ringgit kita..
Nampak puncak diseberang sana tu?
Itulah puncak Gunung Emas, Keningau..


Antara laluan pendakian..

Antara jalanan yg curam.. Teka siapa2 dalam tu?
Banyak lagi laluan curam tapi tak berani ambil risiko untuk stop and snap picture..
Seram weiiii! huhuhu..

View perjalanan dari Sayat Sayat Check Point ke Laban Rata adalah antara yg tercantik..




Duduk pada posisi di gambar kecil untuk ambil gambar di atas..


Lebih kurang jam 9.30am, kami sampai semula di Laban Rata and sibuk pula berkemas untuk check out sebelum jam 10.30am..
Dalam keadaan lutut bergegar and belum rehat, kena pula teruskan perjalanan turun..huhu



Keadaan batu and lutut peha betis yg sakit menyukarkan aku untuk turun..
Jalan ketam siap bertongkat lagi..
Setelah 5 jam berhempas pulas nak sampai Timpohon Gate..

Alhamdulillah.. Sampai!!
Dalam 300m terakhir, masing2 tak sabar nak sampai Timpohon gate tu..
Balik2 tanya Elis, "Jauh lagi ka Lis?"
Lepas Carson Fall, terus semangat tu naik semula sebab tahu dah tak jauh..
50m akhir kami dah dengar suara family yg lain..
Lagilah semangat!
Paling best, kami berenam disambut dgn tepukan and sorakan..
Yeahhhhhh!!!
Penat macam mana pun..Terus hilang sebab happy and bangga.. =D

Thank You my family!!

18 orang pendaki, 11 Lelaki & 7 Perempuan with sijil..
Tahniah buat semua Anak Cucu Hj.Madin, saudara mara & sahabat handai Team Misi Tawan Kinabalu..
Pendakian yg sangat bestttt!
Mengambil masa '2 tahun', 31/12/2015 - 1/1/2016 & bertahun baru di Gunung Kinabalu..
 Walaupun lutut bergegar, muscles peha & betis pecah, jalan tempang, turun naik tangga macam ketam, berdiri or duduk menjerit kesakitan, solat duduk atas kerusi...
Tapi pastinya semuanya puas hati dapat jejak and tawan Gunung Kinabalu kan..

Yg tidak sampai puncak, jangan putus asa..
Kita naik lagi nanti and kali ni dari Mesilau Gate pula kita try.. In syaa Allah.. =D
** Harap2 Mesilau Trail akan dibuka semula **

Lepas anda membaca sendiri, apa perasaan?
Boleh atau tidak?
Bekarih ka inda?

Pacik Pejal sendiri kata, "kena cari bini yg sudah naik Gunung Kinabalu ni lai.. Sebab diurang ni kuat tuk harungi apa pun cabaran"
Yeah Pacik!! 
Tuk daki gunung, paling penting adalah semangat dan kemahuan untuk tawan puncak..

Bagi yg berminat untuk mendaki or any enquiry, find me Mahjuzatul Nisa

~ The End ~

Comments

  1. bestnya fuzahh, memang kena kental semangat naik gunung ni. klu sy naik bukit kg sendiri sudah tak thn ini lgi gunung kinabalu. hebatlah fuzahh,untung dpt tgk pemandangan yg cntik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya dayah..semangat tu penting..
      Nanti naiklah..syi0kkkkkk..heee

      Delete
  2. Tahniah anak2ku anak2 buah sepupu separadian!atas semangat n daya juang kental kalian..syukur pd Allah kalian selamat pergi n balik d bwh lindunganNYA..juga berjaya menikmati keindahan & keajaiban ciptaan Allah azawjala...tq ALlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you mom.. 😘
      Alhamdulillah.. Doa mama sepanjang malam kami di ats dimakbulkan, sampai mama nda betidur bha..hee.. love u mom..

      Delete
  3. Fuzaaaa..read my blog also..i didnt know ure blogger haha..www.opzzpinky.my suda lekat memory naik gunung d blog..baca tauu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh..blogger gak rupanya..hehehe.. Aiai boss..jap lg baca..hee..
      Memory terindah kita tu kak..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Maternity Package Kota Kinabalu / Pakej Bersalin Kota Kinabalu

Permohonan Nikah Sabah

Annual Fee for Debit Cards in Malaysia