[.. Glaucoma ..]

Glaucoma??
Setiap kali sebut perkataan tu, majority dari mereka akan kata "Huh? Apa tu?"

Ok let me share about glaucoma..
Glaucoma is second leading cause of blindness in the world after cataract
Glaucoma tiada 'nama tempatan' @ Laymen term..
Dah tanya lecturers, dorang pun tak tahu.. hehe 😆
Kalau cataract nama tempatannya adalah 'selaput dalam'..
Selaput ada dua jenis, selaput dalam dan luar..
Tapi since topic kita tentang glaucoma, aku akan share sal glaucoma ja..

Glaucoma ni adalah kerosakan pada Optic Nerve @ Saraf mata,
yg beri kesan pada visual field @ luas pandangan mata kita..
Semakin hari semakin mengecil..
Dan kalau tidak dirawat akan menyebabkan buta..
Yes! Buta..

Etiology atau penyebab?
Glaucoma adalah sejenis genetic disease.. Yg kebarangkaliannya untuk diwarisi oleh anak cucu mereka adalah 50%
Tapi sebab lain adalah Cecair dalam mata yg juga dipanggil Aqueous Humour tidak mengalir keluar dari mata secara normal..
Pasti semua pernah dengar apa tu kan? Sebab ada dalam subjek Science tingkatan 2..
Gambar dibawah adalah aqueous humour yg mengalir keluar secara normal vs tidak mengalir keluar..
Image result for closed angle glaucoma


Sebab lain yg ke-2, Ocular Hypertension @ Tekanan mata..
Yes, mata pun ada tekanan yg dipengaruhi oleh umur, ketebalan cornea, dan cup dics ratio (head of optic nerve)
Range normal tekanan mata adalah 11-21 mm/Hg

Etiology lain kepada Glaucoma adalah trauma pada mata, penggunaan steroid, diabetes, hypertension, dan ethnicity..
So pada yg pernah mengalami trauma & pembedahan pada mata, check mata anda setiap tahun..
And yes steroid! To steroid users / consumers, please get your annual eye checkup..

Symptoms??
Diperingkat awal, glaucoma adalah asymptomatic @ tiada simptom..
Tapi kemudiannya akan rasa sakit disekitar bola mata..
Sakit kepala & loya, kurang sensitivity terhadap warna..
Dan!
Hilangnya & mengecilnya penglihatan pada tepi @ peripheral vision kita..
Yg kita nampak hanyalah di tengah-tengah @ central vision..
Kemudian lama-kelamaan akan menjadi buta..
Ditegaskan disini bahawa buta disebabkan oleh glaucoma adalah Irreversible @ tiada ubatnya..

Sebaiknya periksalah mata anda lebih awal terutamanya pada individu yg berisiko besar as I mentioned above..
Buta disebabkan oleh glaucoma tidak boleh dirawat tp boleh dihalang..
So get you eye tested now! 😊

Source:
Displaying IMG_20170326_211103.jpg
Kanski Bowling

Comments

Popular posts from this blog

Maternity Package Kota Kinabalu / Pakej Bersalin Kota Kinabalu

Permohonan Nikah Sabah

Annual Fee for Debit Cards in Malaysia