Gunung Nuang, Selangor

Gunung Nuang ni puncak tertinggi di Selangor..
Ketinggiannya 1,493m dari aras laut.. 
So lebih kurang 1/4 daripada Gunung Kinabalu..

Gunung ni ada dua start point, Hulu Langat dan Gombak..
Kami start dari Hulu Langat start point..
Jarak pendakian dari Start Point ke puncak lebih kurang 9km..
Dari Start Point ke Kem Lolo lebih kurang 4.1km
Kem Lolo ni camping site ataupun dikira base-camp yg pertama dari start point..


Bagi yg suka hiking and camping sekaligus, gunung ni ada 6 camping sites..
5  camping sites di Kem Lolo, 1 di Kem Pacat
tapi Camping site yg ada sungai or punca air hanyalah di Kem Lolo..
Camping site di Kem Pacat dah tiada punca air..

Start Point Gunung Nuang, Hulu Langat

Oh ya.. Sebelum masuk gate start point, jangan lupa tulis nama and daftar diri..
Ada bayaran RM 1 untuk dewasa, RM0.50 untuk kanak-kanak
Bila keluar jangan lupa sign out ya..

Pendakian kami start lebih kurang jam 8.50am..
Kenapa lambat?? Banyak sangat singgah ๐Ÿ˜

Laluan pendakian ni ada beberapa stages..
Ada jalan simen lebih kurang 2km then tanah merah sepanjang pendakian..
So sebelum naik pastikan tengok cuaca dulu..
Kalau hujan, tingkatkan tahap berhati-hati anda..sebab memang sangat licin!

Laluan bersimen
Laluan tanah merah

Tepat jam 10.50am kami sampai di Kem Lolo..
Which means 4.1km dalam masa 2jam..
And our pace was slow and steady..
Bagi yg bercadang untuk camping, kebiasaannya akan dirikan khemah then pendakian ke puncak disambung keesokkannya..
Tapi memandangkan kami ni pendakian sehari, rehat 10mins then teruskan perjalanan..
Tak boleh lama sangat, takut turun nanti hari dah gelap..

Start dari Kem Lolo menuju ke Kem Pacat, laluannya agak mencabar..
Dengan tanah merah yg licin dan kayu yang menghalang laluan pendakian..
Perjalanan lebih kurang 2km ke Kem Pacat ambil masa dalam 1jam 50minit


Kalau jumpa pokok dalam perjalanan, baik yg kecik mahupun besar melintang macam ni di tengah2 laluan tu biasa..

River Crossing terakhir sebelum ke Kem Pacat

Bagi yg pernah daki Gunung Kinabalu, ada yg kata gunung ni lebih susah..
For me..hurmmmm..
Susah jugalah tapi tidak boleh bandingkan dengan GK tu sebab ia World Heritage yg laluannya dijaga rapi..
Boleh kata susah juga sampai  'memakan kasut', kasut aku and Mr.R putus dan koyak ๐Ÿ˜…
Sepanjang perjalanan tu pun ada terjumpa beberapa pasang kasut yg ditinggalkan..
Ada juga berselisih dengan pendaki yg berkaki ayam..
Bila tegur, anak uncle tu jawab "Dia malas nak cuci kasut".. haha

And too bad, kami tidak sampai puncak.. Hanyalah di area Kem Pacat..
Target masa tu, daki sampai mana yg mampu..
No training, bekalan air hampir habis, kasut dah start koyak..huhu

Laluan dari Kem Pacat ke Puncak Pengasih
Photo credit to Fikri Zain sebab dia ja yg sampai Puncak Pengasih ๐Ÿ‘๐Ÿ’ช
Puncak Pengasih ni last checkpoint sebelum ke puncak..
Tapi katanya ada guide suruh turun sebab takut turun dari puncak nanti hari dah gelap..
Masa tu lebih kurang kul 230pm and ada lagi dalam 1.3km ke puncak.
'Kami' yg lain dah start turun and lunch tepi sungai..hehehe



Gunung ni ada 5 river crossing..
Maksudnya kasut memang akan basah..
So pakailah kasut yg cepat kering contohnya 'Adidas Kampung' ataupun kasut getah lain..
Paling penting sesuai untuk hiking..
Ataupun bawa kasut lebih.. hehe..
Takpun pakai sandal.. macam budak dua orang ni ⏬


Sampaikan ada kakak tu tegur "Amboi abang pakai selipar ja.. Melampau" ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Kami sampai di bawah tepat jam 6.25pm..
Pendakian 10 jam yg tidak sampai puncak tapi best..
Sebab?? Ada air sungai..
Penat mendaki berjam-jam boleh dilegakan dengan sejukkan air sungai yg mengalir..
Walaupun jatuh di batuan sungai sampai peha lebam, pinggang sakit and leher bengkak..
But its really fun..
Unforgettable hiking experiences..

I have few tips untuk mendaki di Gunung Nuang:
1- Gunung ni tiada tandas, hanya ada di start point sahaja..
So pastikan sebelum mula mendaki, buang apa yg patut..
2- Laluan pendakian tiada tali, so kalau perlu tempat berpaut masa turun bawalah tongkat masing2.. Ataupun bolehlah ambil mana2 ranting kayu tepi laluan tu tuk dijadikan tongkat..
3- Bawalah lunch untuk dimakan di atas nanti.. Bolehlah lunch sambil menghadap sungai.. The view indescribable ๐Ÿ˜ 
4- Pastikan bawa bekalan air yg mencukupi.. Bawalah 2liter seorang.. Kalau jenis tak kisah minum air sungai, bolehlah bawa air 500ml ja. Kalau air habis refill guna air sungai.. hee
5- Kasut.. Pastikan pakai kasut yg tapaknya grip, sesuai utk hiking dikawasan licin and tahan lasak..


Inilah 'kami'
Left: Fikri Zain, Right: Mr.R

18/11/2017, 8.50am - 6.25pm
Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor



  



Comments

  1. Wah..Seronoknya dapat mendaki gunung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya syiok..lepas lama menghadap environment metropolitan..rhtkan minda dgn masuk hutan..hee

      Delete
  2. Tumpang tnyr klu xd pengalaman xnk pkai guider boleh sesat tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu guider pun ok ja. yg penting just ikut laluan yg dah sedia ada, jangan guna jalan hutan lain, takut sesat.. heee.. Sepanjang jalan ada signboard, so just follow the signboard

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Maternity Package Kota Kinabalu / Pakej Bersalin Kota Kinabalu

Permohonan Nikah Sabah

Annual Fee for Debit Cards in Malaysia