Paragliding di Kokol, Kota Kinabalu Sabah

ParaGLIDING ni sejenis sukan terbang luncur yang menggunakan payung terjun dan peluncurnya terbang secara bebas..
"Terbang bebas" bermaksud mereka terbang tanpa ditarik oleh apa-apa jenis kenderaan dan mereka terbang bergantung kepada angin dan kemahiran 'pilot'-nya..
Ia berbeza daripada Parasailing..
ParaSAILING juga sejenis sukan terbang luncur tapi peluncurnya ditarik oleh bot laju

Before fly & berlatar-belakangkan Kota Kinabalu-Sepanggar

Di bahagian Pantai Barat Sabah ni ada beberapa tempat 'famous' untuk ber-paragliding,
antaranya - Kota Kinabalu dan Kundasang (Sejam setengah perjalanan dari KK)
Di Kota Kinabalu ni, antara tempat yg 'famous' untuk start ber-paragliding adalah dari Bukit Kokol..
Terbang dari mana lagi best? hurmmmm..
Honestly saya belum pernah cuba paragliding di Kundasang tu..
But basically its depends on which view you want..
Kalau mahukan view banjaran dan gunung-ganang, pilihlah di Kundasang.
Kalau mahukan view bandar Kota Kinabalu, Laut China Selatan dan perkampungan bukit, pilih di Bukit Kokol

Untuk paragliding di Kokol ni, saya terbang dengan pilot Azizan..

berlatar-belakangkan Kokol Heaven 

Team Azizan ni ada 3 pilihan tempat landing,
Kg. Kokol - 15 minit diudara
Kionsom - Lebih dari 15 minit diudara
Tamparuli - 45 minit diudara
Mahu lama diudara?? Haaaa pilihlah Tamparuli 😉

Dari segi pemakaian, pakailah yg bersuaian untuk 'bersukan'
Pakai kasut sukan, berseluar panjang dan baju yang tidak terlalu panjang..
Kasut sukan sangatlah perlu sebab kita akan berlari sebelum mula 'terbang'
Berseluar panjang kerana tika 'landing' @ mendarat, kaki akan bergeser dengan tanah or rumput..
So demi keselamatan, kesihatan dan kecantikan kulit kaki anda, better berseluar panjang sebab kita tidak tahu apa yg terdapat di atas permukaan tanah or rumput itu nanti..
Pakai baju yg tidak terlalu labuh or panjang ataupun tuck-in baju anda, sebab kita akan pakai 'gear' yang berisi payung terjun kecemasan berserta segala tali yg melilit dibadan.. So sila tuck-in baju untuk keselamatan anda..

Bagi yg berminat mahu terbang bersama pilot Azizan bolehlah email ke syusaidil@gmail.com (for fast response) untuk contact number and more info tentang pakej paragliding ni..



With my supporters!

👆👆
Yg tukang bentang payung terjun, yg tukang siul utk panggil angin, yg tukang ambil video dari 4 penjuru alam, Mama yg non-stop jerit doa dari belakang, Antie yg pinjamkan kasut sukan..
Mereka inilah 😍

Comments

Popular posts from this blog

Maternity Package Kota Kinabalu / Pakej Bersalin Kota Kinabalu

Permohonan Nikah Sabah

Annual Fee for Debit Cards in Malaysia