Barang Keperluan Bersalin Hospital
Hello Mummy, Mama, Ummi, Ibu, Bonda to-be!
Sebelum ni saya dah share tentang Pakej bersalin Kota Kinabalu,
So hari ni saya nak share tentang checklist barang keperluan hospital..
Sebenarnya tidak perlu bawa barang yang banyak ke hospital pun..
Beg hospital saya hari tu penuh dan berat, saya bawa macam-macam,
end up tidak guna pun π€£
Sharing saya ini berdasarkan pengalaman saya ya, kalau mahu bawa tambahan pun boleh, No harm π
1- Pakaian baby
Saya masukkan satu set pakaian keperluan baby dalam satu ziplock, bila nurse minta just bagi ja satu plastik tu, tidak perlu susah2 cari lagi.
Baju baby, sarung kaki & tangan, pampers, kain bedung, barut & tuala
2- Disposable underwear & Overnight Pad
Untuk kemudahan kita, beli ja disposable underwear. Tidak perlu cuci dan simpan.
Saya beli brand Watson sebab lebih murah, dan pastikan beli 2 saiz lebih besar untuk keselesan.
Baru lepas bersalin ni, tiada masa mau pakai ketat2, tambah sakit adalah π
Berkenaan dengan pad, saya beli ja Overnight pad, Jimat~
Apa2 brand pun boleh, depends pada preference masing2 ya
3- Stokin
Kebanyakkan hospital dan pusat bersalin dilengkapi dengan Aircon..
Untuk elak dari kesejukkan dan masuk angin, bawalah stokin ya
4- Breastmilk Collector
Breastmilk collector ni bagi saya antara yg penting selain breast pump.
Biasanya bila baru lepas bersalin, susu ibu sangatlah meriah.
Baby minum sebelah, sebelah ikut keluar, so untuk tidak membazirkan susu ibu, bolehlah sambut guna collector ni
5- Pakaian discharge si Ibu
Pakaian discharge ibu paling last sebab ini yg terakhir sekali kita akan guna bila keluar dari hospital.
Tidak perlu bawa pakaian untuk kegunaan ibu di hospital sbb kita akan disediakan dengan pakaian hospital. Baju & kain memang disediakan oleh pihak hospital..
Selamat beg kita, jangan tambah berat lagi π
Oh ya, untuk yg bertudung jangan lupa bawa tudung instant ataupun shawl ya
Bila ada orang datang boleh terus zuppppp pakai tudung π
6- Pakaian Suami
Bagi ibu2 yg memilih untuk bersalin di hospital yg membenarkan suami teman dan jaga, pakaian suami jangan lupa bawa ya π€£
Kita excited siapkan barang sendiri dan baby, ehhhh barang suami yg temankan kita pula dilupakan
Jangan begitu, nanti dia merajuk. haha
Selain dari barang2 di atas, bolehlah sediakan barang2 tambahan, mana tahu diperlukan
Contohnya: 2 pasang baju baby, tuala baby, kain bedung, pampers, tisu basah, kain sarung ibu
Sabun baby, minyak telon, bedak baby boleh juga sediakan tapi kadang2 nurse tidak akan guna pun
Toiletries, thermos, pinggan sudu garpu saya tidak bawa sebab sy pilih hospital swasta untuk bersalin dan biasanya mereka akan sediakan
tapi kalau yg memilih hospital kerajaan mungkin lebih baik sediakan ya
Basically ini barang2 yg penting untuk dibawa ke hospital, kalau ada barang tambahan lain, tambah saja mummy! π
Okay next masa bila beg hospital kena ready dalam kereta?
Masa sy pegi checkup 34weeks, Doctor dah pesan boleh dah ready beg masuk dalam kereta..
Yalah takut2 ter-bersalin awal ka, emergency ka kan..
Tapi at last masa 37 weeks baru saya masukkan beg dalam kereta, then 3 hari lepas tu si baby pun lahir π
Ya, my baby lahir masa 37weeks, belum cukup term sebenarnya tapi doctor kata lebih baik daripada 36weeks
Start bleeding macam period jam 1.00 pagi,
kononnya mau try rehat dan tidur dulu before pegi hospital tapi sampai ke pagi tidak dapat tidur sebab contraction datang setiap 3mins π
Ready mandi bersihkan diri then barulah minta Abah hantar pegi hospital dalam jam 7.30 pagi,
Kebetulan masa tu Husband kerja oncall, so dia yg daftarkan dan tunggu ja di hospital,
sampai ja hospital jam 8.05pagi terus pegi LR waiting room bukaan dah 3cm,
sementara tunggu result swab keluar, rehat dulu sambil menahan contraction,
selang sejam lagi dah 5cm dan ngam2 result swab dah keluar terus masuk Labour Room..
Alhamdulillah dipermudahkan untuk bersalin dan baby lahir jam 11.07pagi @ 30/3/2021 dengan berat 3.205kg, 48cm secara normal..
Total pengalaman bersalin anak pertama ni 11 jam.
Alhamdulillah dipermudahkan berkat doa Arwah Mama, Abah & suami yg disisi ketika bersalin juga semua keluarga mertua dan saudara mara yg mendoakan π
Lain orang lain perjalanan bersalinnya, ada cepat ada lambat,
Just enjoy the journey, moga semua kita dipermudahkan dan diberi kesihatan yg baik..
Selamat Bersalin Mummy, Mama, Ummi, Ibu, Bonda to-be!
Thanks for reading!
and Sorry sebab lambat update entry baru ni..
Sy cuma gunakan masa sepenuhnya untuk adapt dengan Mama's life yg challenging but exciting
dan juga pulihkan hati dari berduka..
28 hari lepas bersalin, I lost my mum due to cancer..
Selamat Berehat Mama, you have fight long enough. Muahhh!
Comments
Post a Comment