Resepi Chicken Feet Stock untuk baby

Hello~~ I'm back!

Kali ni special sikit sebab entry untuk sediakan makanan baby pula

Actually dia bukan makananlah tapi diletakkan di dalam makanan baby sebagai penambah perasa

Alah macam kiub pati ayam, kiub tom yam, kiub bilis

Haaaa! begitulah tapi yang ini versi baby

Kenapa versi baby? Sebab tiada gula, tiada garam dan tiada perasa makanan tiruan

Yalah bukan kita orang dewasa ja mau makan makanan sedap², si baby pun pasti mau yg sedap²

So ini salah satu cara untuk sedapkan lagi makanan mereka supaya lagi semangat dorg mau makan


Asian mommies biasa panggil Chicken Feet Stock

Kenapa chicken feet? Kenapa kaki ayam?

Seperti yg kita tahu kaki ayam ni banyak khasiatnya

 Bagus untuk sistem imun badan, melancarkan metabolism badan, membantu pencernaan, kurangkan keradangan dan mencantikkan rambut, kulit & kuku


Pertama sekali sediakan bahan-bahannya:

🅐 400g kaki ayam

🅑 2 batang Celery

🅒 2 biji tomato

🅓 10 ulas bawang putih

🅔 1 batang lobak

🅕 1 biji bawang Holland

🅖 1 inci Halia

🅗 rempah sup - 4 sekawan

🅘 unsalted butter / virgin olive oil


Okay dah ready untuk masak?


Mula-mula tumiskan rempah sup 4 sekawan dengan unsalted butter ataupun virgin olive oil

kemudian baru masukkan bawang putih dan tumis sekali


Lepas dah naik bau, bolehlah masukkan air sepenuh periuk kemudian masukkan kaki ayam yg kuku kakinya sudah dicincang


Gaulkan sekejap kemudian barulah masukkan sayur-sayuran yg sudah dicincang dan dipotong


Gaulkan hingga sebati dan masaklah sehingga kaki ayam lembik dan masak semasaknya


Ada yg kata masak selama 5 jam, ada yg kata selama 3 jam saja

Mungkin boleh ikut kata hati mommies sendiri

Mau tunggu 5 jam? pun boleh

Mau 3 jam saja? Pun boleh

Yang penting sebaiknya lebih dari 3 jam ya

❕ Jangan lupa untuk gaul ya, nanti ada yang melekat dan hangus pada periuk ❕

Tambahkan air bila air semakin kering sehinggalah kita rasa kuahnya mencukupi untuk di jadikan stock


Selepas 2 jam

Saya tidak masak lama, cuma 3 jam setengah saja

Agak-agak kuah dah pekat likat, kaki ayam dah masak lembik

Bolehlah tapis isinya untuk asingkannya dari kuah ya

Pastikan tiada bahan masakan lain yang termasuk dalam kuah ya, contohnya: buang lawang, pegaga atau halia

Kalau saya, untuk tidak membazirkan sayuran yang kita masak sekali tadi, sy kisar sayuran tu sampai lembik then masukkan sekali dalam kuah 




Dah ditapis dan diasingkan, sejukkan kejap sebelum masukkan dalam bekas ais kiub


Selepas sehari semalam dimasukkan dalam freezer, saya pindahkan dalam bekas tupperware
Mudah untuk diambil  nanti, kalau mahu masak tinggal ambil seketul



Maka siaplah Chicken Feet Stock untuk Wais, stock cukup untuk 40 kali masak 😂😋

Mudah-mudahan sistem imun badan anak kita makin kuat dan sentiasa sihat, cergas dan cerdas


Selamat mencuba mommies! 😉

Lepas ni mahu try buat Tomato Paste pula. hehehe 














Comments

Popular posts from this blog

Maternity Package Kota Kinabalu / Pakej Bersalin Kota Kinabalu

Permohonan Nikah Sabah

Annual Fee for Debit Cards in Malaysia